Isnin, 30 Mei 2011

Saya seorang pengamal vegetarian. Bolehkah saya berdiet rendah karbohidrat seperti SD2 ?


Boleh ! Tergantung kepada apakah jenis diet vegetarian yang anda ikuti.

Jika anda ikuti jenis vegetarian diet secara VEGAN, maka adalah agak mustahil untuk anda mengikut diet rendah karbohidrat seperti SD2. Lihat apa itu jenis VEGAN diet http://www.righthealth.com/topic/What_Is_A_Vegan_Diet?p=l&as=goog&ac=404

Tetapi jika anda boleh memakan telur dan protien soya atau whey protien maka besar kemungkinan anda boleh melakukannya. Jika anda boleh memakan ikan maka lebih mudah untuk anda melakukannya lagi.

Sedikit nota tentang pengamal vegetarianism, jika anda menghidari memakan makanan dari haiwan atau hasil bahan haiwan diatas sebab-sebab batin atau spiritual, etika atau moral; maka saya hormati dan sangat bersimpati dengan niat murni anda.

Namun begitu jika anda melakukannya diatas sebab-sebab kesihatan, maka saya syorkan untuk anda memikirkan semula kefahaman yang anda lakukan itu.  Kebanyakan orang mempunyai kesihatan yang lebih baik dengan sebahagian dari makanan hasil haiwan, dan ada yang lebih sihat dari itu dengan memakan lebih banyak makanan hasil dari haiwan.

Mungkin cara yang lebih baik untuk menerima atau 'reconcile' akan perkara ini dengan memberikan simpati kepada hasil ternakan yang bukan diternak secara kilang, yang diternak sercara organik dan hidup secara baik dan bebas. Sesuatu untuk anda fikirkan...

Berminat  ingin mencuba SLIM DIET 2 boleh hubungi:-
DREAMCHASER II : 019-6078495
AZLAN AZMAN : 012-2228925
SUNAZRAH SALEH : 017-2503929

Tiada ulasan:

Catat Ulasan