Selasa, 16 Ogos 2011

Pembedahan Pemintasan Gastrik?

Transformasi: Dari Obese Ke Anoreksia

Transformasi: Dari Obese Ke Anoreksia


Orang yang berbadan besar selalu mengidamkan badan yang kurus sampai sanggup melakukan apa sahaja walaupun tindakan itu boleh membahayakan diri dan kesihatan mereka seperti yang terjadi kepada Malissa Jones.
Malissa Jones, 21 tahun, telah menjalani pembedahan pemintasan gastrik (gastrick bypass) termuda di Britain 4 tahun yang lalu. Ketika itu beliau dikategorikan remaja wanita paling obese di Britain dengan berat maksima 216kg. Dan dengan bantuan dana dari National Health Service sebanyak GBP 10 000, beliau telah menjalani pembedahan tersebut pada Januari 2008 untuk mengurangkan berat badannya.

Apa Itu Pembedahan Pemintasan Gastrik?
gastric bypass Transformasi: Dari Obese Ke Anoreksia
Pembedahan ini bertindak untuk ‘mengecilkan saiz perut’ dan ini bukanlah perkara baru di kalangan kita memandangkan salah seorang selebriti terkenal tanah air iaitu Syanie, juga telah menurunkan berat badan sebanyak beberapa puluh kilogram dengan cara yang sama.
Ketika obese, Malissa kebiasaannya akan mengambil sehingga 15 000 kcal sehari (kebanyakkannya datang daripada makanan ringan) sedangkan pengambilan kalori yang disyorkan hanyalah secara purata 2000 kcal sehari.
malissa hospital 210x300 Transformasi: Dari Obese Ke Anoreksia
Selepas menjalani pembedahan Malissa mengalami pengurangan berat badan yang mendadak. Apabila sudah kurus, beliau mula berjinak-jinak dengan dunia clubbing, sehingga beliau mengandungkan anak luar nikah hasil hubungan intim bersama dengan teman lelaki beliau, Chris Robottom. Walaupun ketika mengandung, Malissa tetap mengamalkan diet yang sangat ekstrim iaitu dengan hanya mengambil 300 kcal sahaja sehari. Enam bulan kemudian, bayi yang dikandungnya terpaksa dilahirkan secara pembedahan Caesarean kerana mengalami komplikasi ketika mengandung. Malangnya bayi tersebut mati kerana tidak menerima zat-zat penting akibat dari diet Malissa yang melampau.
Selepas kematian anaknya Malissa menjadi semakin murung. Menu harian beliau hanyalah 3 batang lobak, beberapa hidangan sayur rebus dan sebiji kentang. Badan beliau semakin menyusut dan doktor kini mengesahkan dia mengidap ANOREKSIA. Dan doktor memberitahunya dengan serius beliau bakal menemui maut dalam masa 6 bulan sekiranya beliau tidak meningkatkan kadar pengambilan makanannya! Berat beliau kini ialah 50 kg dan bagi gadis berketinggian 5 kaki 8 inci seperti Malissa, ini dianggap tidak ideal.

Melissa dengan nada kesal memberitahu,
Saya bukannya suka-suka tak mahu makan banyak, tetapi saya lebih rela mati daripada memaksa diri saya makan dengan lebih banyak. Menelan setiap makanan itu amat menyakitkan dan sejumlah makanan yang kecil sahaja sudah mampu membuat perut saya kejang (kesakitan). Sekiranya saya diberi peluang, saya lebih rela kekal gemuk. Saya tidak mahu mengambil jalan mudah (pembedahan) semasa hendak menurunkan berat badan dahulu. Dan saya menasihati rakan-rakan di luar sana yang berhasrat hendak melakukan pembedahan untuk menurunkan berat badan agar melupakan sahaja hasrat itu, sebaliknya turunlah berat secara sihat”.
Dr Funke Baffour daripada Waltham Cross, Herts berpendapat mungkin terdapat faktor psikologi untuk masalah obesiti Malissa yang tidak dapat ditangani oleh ‘gastric band’ (merujuk kepada pembedahan pemintasan gastrik). Berkemungkinan juga Malissa takut untuk menjadi obese kembali, maka dengan itu beliau tidak mahu makan.

Sumber: http://selangor2u.com/

mengapa kita perlu melakukan pembedahan segeni rupa.. Akan datang ia akan memudaratkan kesihatan kita. Dengan Diet SLIM DIET 2 anda tak perlu melakukan semua ini. Anda hanya perlu berdisplin & mematuhi cara pemakanan yg ditetapkan... BERDIET TANPA PERLU BERLAPAR.. Berdiet secara sihat

Sunazrah Saleh : 017-2503929

Tabiat Makan Punca DIABETES


News : Oleh Norzaila Rosli (Yang menghadiri Kongres Hipertensi Asia-Pasifik di Singapura tajaan Pfizer)

MENGUBAH tabiat manusia sememangnya suatu perkara paling sukar dilakukan dalam kehidupan kita.

Tetapi, tahukah anda penyakit seperti diabetes atau kencing manis boleh membuatkan anda merana seumur hidup sekiranya amalan gaya hidup dan pemakanan yang tidak sihat tidak dihentikan segera?

Diabetes yang sehingga kini masih belum ada penawarnya bukan sahaja `menyerang’ secara perlahan malah boleh menimbulkan pelbagai komplikasi.
Antaranya kebutaan, amputasi (kehilangan anggota tubuh), kerosakan urat saraf, kerosakan buah pinggang, masalah kardiovaskular seperti serangan jantung dan angin ahmar serta boleh kehilangan jangka hayat.

Oleh itu, awasilah diet, pemakanan dan gaya hidup sekiranya anda sayangkan diri dan nyawa anda.

Menurut kajian yang dilakukan ke atas penyakit tersebut, diabetes didapati semakin menular di kalangan masyarakat Asia terutama golongan lelaki pertengahan umur ke atas.
Peningkatan dari segi statistik itu menunjukkan penduduk Asia bakal berhadapan risiko kehilangan nyawa lebih tinggi sekiranya penyakit tersebut tidak dikawal segera.
Berdasarkan statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sebanyak 300 juta orang di seluruh dunia dijangka menghidap diabetes menjelang tahun 2025.

Daripada jumlah tersebut, satu per tiga daripadanya adalah dari Asia Tenggara.
Walaupun diabetes tidak membunuh tetapi pesakit boleh kehilangan nyawa sekiranya turut menghidapi penyakit berbahaya lain.

Biasanya individu yang menghidap diabetes cenderung mendapat penyakit seperti tekanan darah tinggi dan paras kolesterol yang tinggi.

Kedua-dua penyakit ini boleh mendatangkan akibat yang berbahaya seperti serangan jantung atau angin ahmar sehingga meragut nyawa.

Menurut pakar endokrin kampus kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian Kelantan, Prof. Mafauzy Mohamed, kadar tekanan darah tinggi di kalangan pesakit diabetes di Malaysia semakin meningkat.

“Seramai 55.9 peratus mempunyai tekanan sistolik (bacaan atas) melebihi 140mmHg manakala 40.9 peratus pula mempunyai tekanan diastolik (tekanan bawah) melebihi 90mmHg,” katanya.

Beliau berkata, rakyat perlu sentiasa diingatkan tentang tabiat makanan yang betul dari semasa ke semasa supaya tidak leka dengan risiko yang bakal diterima.

“Apa yang enak dimakan tidak semestinya bagus dan begitu juga sebaliknya,” kata beliau.
Mengulas lanjut, Prof. Mafauzy menjelaskan masyarakat Melayu khasnya tidak gemar makan sayuran, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan khasiat kepada tubuh badan.

Justeru katanya, kadar serangan jantung dan angin ahmar di kalangan pesakit diabetes Melayu adalah lebih tinggi berbanding bangsa lain.

“Orang Melayu gemar kepada makanan yang bersantan dan bergoreng. Kita perlu ingat, santan dan minyak adalah sumber utama kolesterol. Jika dilihat, kadar obesiti semakin meningkat kerana penggunaan santan dan minyak yang berlebihan dalam makanan kita pada hari ini.

“Kita sepatutnya tidak melupakan amalan pemakanan nenek moyang kita yang gemar membakar dan merebus makanan,” katanya lagi.

Hubungan antara tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan penyakit kardiovaskular telah disahkan tahun lalu melalui suatu kajian yang dipanggil ASCOT (Ujian Kedapatan Kardiak Anglo-Scandinavian).

Prof. Neil Poulter dari Imperial College London berkata, kawalan ke atas tahap kolesterol dalam badan boleh mengurangkan risiko serangan jantung atau angin ahmar di kalangan pesakit diabetes.

“Pesakit diabetes mempunyai risiko serangan jantung dan angin ahmar lebih tinggi daripada orang biasa. Mereka perlu mengawal tekanan darah tinggi dan kadar kolesterol dengan berhati-hati,” katanya.

Menurut Prof. Neil, penyakit diabetes merupakan salah satu daripada penyakit yang meningkat secara mendadak di Asia.

Fenomena ini disebabkan oleh banyak faktor termasuk peningkatan kadar obesiti di kalangan penduduk di benua ini.

Walaupun diabetes boleh disebabkan oleh faktor genetik tetapi persekitaran juga adalah antara faktor utama yang menyebabkan diabetes.

“Tidak ada cara yang paling berkesan untuk mencegah diabetes selain mengubah sikap individu itu sendiri. Tabiat makan secara berlebihan dan makanan segera serta kurang melakukan aktiviti fizikal bukan saja menyebabkan obesiti malah boleh mendatangkan risiko berbahaya kepada pesakit diabetes,” katanya.

Menurut pakar perubatan dari Baker Heart Research Institute, Australia, Profesor Colin Johnston, antara faktor utama yang mendorong kepada peningkatan tersebut ialah pengaruh makanan Barat dan tuntutan gaya hidup masyarakat hari ini yang semakin mencabar.

Katanya, para doktor perlu mengawasi pesakit diabetes masing-masing memandangkan kebarangkalian pesakit diabetes menghidap tekanan darah tinggi adalah besar.

“Ia bukan sahaja berbahaya kepada pesakit diabetes tetapi turut membuatkan mereka menjadi lemah atau tidak berdaya.

“Oleh sebab itu, menjadi tanggungjawab doktor untuk merawat tekanan darah tinggi yang dihidapi pesakit dan mengadakan pemeriksaan secara kerap ke atas mereka,” ujarnya.
Tambah beliau lagi, kebanyakan serangan jantung dan angin ahmar yang berlaku ke atas pesakit diabetes boleh dielakkan dengan menjalani pengurusan tekanan darah yang berkesan secara berkala.


Source : http://www.utusan.com.my

Sunazrah Saleh : 017-2503929

Berhati-hati dengan produk TIRUAN!!


Salam,


Kepada semua pengunjung blog jee, di sini jee nak ingatkan, u olls janganlah beli produk2 slim diet 2 ni kiosk2,jamu2 atau pharmacy, bukan apa, baru2 ni ada beberapa laporan bahawa terdapat produk yang tidak mempunyai batch number. So carefull yer.


Jika u olls nak beli produk, please dapatkan dari pengedar atau agen yang sah yang di lantik syarikat, HQ dan stockist yang besar cuma ada di Northpoint,Midvalley. Jika anda berminat untuk dapatkan produk, contactlah pengedar2 yang sah ni, syarikat ada menyediakan penghantaran menggunakan Gedex, so kalau malas nak keluar ke apa, barang akan di hantar terus ke rumah@ofis. Kan lebih mudah mcm tu. just tambah rm10 utk penghantaran saja. Dalam tempoh satu@ dua hari barang akan sampai kepada anda.


Saya juga ingin memaklumkan bahawa di sini kami tidak akan bertanggungjawab dgn cara pemakanan sd2 jika anda membelinya di luar (maksudnya kat kedai lah). Dan bagi mereka yang telah membeli dengan mana2 pengedar, sila dapatkan nasihat dan pandangan mereka jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Slim Diet II ini.

Sunazrah Saleh

Isnin, 15 Ogos 2011

Peraturan penting untuk Slim Diet 2


1. Goncang Slim Diet anda sebelum buka. (Beberapa nutrien khusus kepada penyelesaian semasa penggunaan)
2. Anda mesti mencampurkan dua sudu formula 8oz (250m1) secawan atau lebih air empat kali sehari. (Sudu plastic disediakan bagi setiap tabung).
3. Makan hanya dari senarai makanan. Jika ianya tiada dalam senarai anda tidak boleh memakannya! Makanan ini perlu dipilih dengan berhati-hati untuk memastikan maksimum dan penurunan berat badan yang efisien.
4. Anda mesti mengambil 2-4 protein makanan setiap hari dengan sayuran (mentah atau masak) daripada senarai makanan.
5. Anda mesti mempunyai minimum 20 gram carbohidrat daripada senarai makanan itu, tetapi anda mesti tidak melebihi 35 gram.
6. Anda mesti menjumlahkan sebanyak dua sudu pencuci mulut tekanan minyak SEJUK dan satu sudu pencuci mulut cuka sidar sehari.
Catatan: Ia adalah sangat penting untuk mengambil sedikit minyak dalam diet untuk memastikan pusingan nutrien anda sempurna dalam bentuk Penting Asid Lemak dan juga untuk memudahkan penyerapan bagi vitamin-vitamin lemak larut dalam formula.
Yang pentingnya - JANGAN MENIPU DIRI ANDA SENDIRI

KELEBIHAN SD2 BERBANDING PRODUK LAIN
1. Selamat dan efektif kerana bersumberkan alam semulajadi.
2. Memegang rekod dunia penurunan berat badan sebanyak 64kg dalam masa 1 bulan.
3. Berdasarkan jumlah jualan di Asia-Pasifik sahaja, Slim Diet II telah berjaya menurunkan sebanyak 6000 tan lemak di seluruh dunia sepanjang 21 tahun di pasaran.
4. SDII adalah program pelangsingan badan yang pertama di dunia yang mengamalkan teknik diet karbohidrat rendah.
5. Penurunan berat badan pada kadar 250g-500g setiap hari.
6. Pada setiap 500g lemak yang dibakar ditukarkan menjadi tenga kepada 3000 kalori.
7. Tiada masalah kulit kendur & berkedut kerana SDII berasaskan protein soya.
8. Tidak perlu berlapar. Program SDII mewajibkan anda makan 3 kali sehari.
9. Membantu mengurangkan masalah kesihatan berkaitan obesiti.
10. Menjimatkan, mudah, & terbukti berkesan.
Plan Yang Mudah Diikuti:
Tiada peraturan rumit untuk dituruti dan anda dijamin mencapai keberhasilan yang diidam-idamkan. Ianya hanya semudah SATU, DUA, TIGA..
SATU - Tambahkan 2 sudu penuh SLIM DIET II kedalam 200 - 250 ml air sejuk.
DUA - Kurangkan makanan berLEMAK dan berGULA.
TIGA - Tingkatkan penggunaan makanan segar seperti sayur-sayuran, bijirin asli dan makanan laut. 4 gelas SDII sehari akan membekalkan anda dengan 100% zat pemakanan yang diperlukan oleh tubuh anda untuk TENAGA TINGGI dan tubuh yang RAMPING LAGI SIHAT.
Pengambilan buah-buahan adalah TIDAK DIBENARKAN semasa menjalani program ini kerana kandungan Karbohidrat dalam buah-buahan adalah terlalu tinggi. Dalam program ini, kadar karbohidrat harian yang perlu diambil hanyalah antara 20 - 35 gram

** Rasa Slim Diet 2 ialah Kacang Soya Pekat

Pena,
Sunazrah Saleh

Khamis, 4 Ogos 2011

BAGAIMANA SD 2 BERTINDAK MENURUNKAN BERAT BADAN?


Badan anda mendapat tenaga melalui 2 cara iaitu;

i. Makanan yang ditelah anda makan, dan
ii. Lemak badan yang sedia ada pada badan

Apabila anda mengurangkan kadar pengambilan karbohidrat (dari gula dan kanji) badan anda secara semulajadi akan memecahkan lemak yang sedia ada pada badan untuk menjana tenaga. Apabila anda mengambil SD 2, kadar pengambilan karbohidrat anda dapat diminimumkan dan badan akan secara semulajadi memecahkan lemak badan anda bagi mendapatkan tenaga.

Dalam proses memecahkan lemak atau Ketosis, satu bahan yang dipanggil Ketones dihasilkan. Ketones dapat dikesan melalui ujian air kencing pada satu alat yang dipanggil Ketostix. Tindakbalas kimia ini dapat mengelakkan rasa lapar yang melampau (revenous hunger).
Sunazrah Saleh