Sabtu, 21 Mei 2011

Betul ke LELAKI cepat turun berat badan berbanding WANITA !!


Betul. Orang lelaki memang mempunyai kelebihan tertentu apabila berdiet SD2. Malangnya dalam hal ini, penurunan berat badan bukanlah sesuatu peluang yang sama dan adil untuk semua jantina.

Jantina dan umur juga menjadi faktor penentu.  Ada sekurang-kurang tiga (3) sebab utama kebanyakan orang lelaki, terutamanya yang lebih muda - lebih banyak menurunkan berat badan dari wanita atau wanita yang lebih tua.
  • Pertama, secara umumnya lelaki mempunyai jisim otot yang lebih banyak dari wanita. Jadi mereka akan membakar lebih kalori dari wanita.
  • Kedua, tubuh wanita selalunya akan melalui fasa perubahan hormon yang akan menghuru-harakan situasi kadar gula dalam darah dan juga tindakbalas insulin didalam tubuh.
  • Akhir sekali,  estrogen yang berlebihan akan menghalang fungsi thyroid anda, yang mengakibatkan metabolisma anda menjadi rendah. Dengan itu anda akan merasa amat susah untuk menurunkan berat badan.
Jika kita faham akan konsep ini dengan betul, maka kita akan dapat melakukan satu program yang sesuai untuk tubuh kita sendiri. Namun begitu janganlah selalu membandingkan penurunan berat badan kita dengan orang lain kerana keadaan dalaman tubuh kita memang berbeza-beza.

Berminat ingin mencuba SLIM DIET 2 boleh hubungi :-
DREAMCHASER II / SUNAZRAH SALEH 010-2749601

Tiada ulasan:

Catat Ulasan