Ahad, 22 Mei 2011

Bersenam bukan suatu kemestian ketika berdiet (3)


Jika anda tidak pernah bersenam sebelum ini atau sudah lama tidak bersenam, perkara yang pertama sekali yang perlu anda lakukan adalah berbincangkan dengan doktor atau pakar kesihatan anda.

Jika mereka memberikan anda lampu hijau, maka mulakanlah dengan senaman yang paling ringan seperti berjalan kaki. Jangan terlalu menganalisa situasi anda, jangan terlalu takut untuk melakukannya dan janganlah tunggu sehingga anda membeli kasut atau baju senaman yang baru. Terus sahaja melakukannya. Sarungkan jam tangan untuk menentukan waktu senaman anda  dan terus sahaja keluar pintu rumah anda untuk berjalan kaki. Berjalanlah selama 15 minit dan perhatikan apakah rasanya pada tubuh anda. (Tip: Terus lakukan senaman pada waktu pagi adalah lebih baik dari menangguhkannya atau menipu diri yang anda akan melakukannya kemudian pada pada waktu petang. Anda tidak akan tahu apakah alasan anda selanjutnya pada siang hari nanti.)

Secara beransur-ansur, tambahlah masa dan keamatan senaman anda; dengan matlamat untuk menjadi aktif sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Janganlah tersenyum sinis atau mengelingkan mata anda. Sebenarnya ini terlalu  sekejap untuk anda lakukan perkara-perkara seperti berjalan kaki, mengayuh basikal, menari, aerobik, berjogging atau apa-apa sahaja yang boleh menaikkan degupan jantung anda dengan lebih cepat. Buat permulaan ini anda boleh juga memukul bola tenis kedinding, berjalan naik turun tangga atau mengemas rumah atau menyapu lantai secara pantas.

Boleh juga mencari senaman yang anda boleh lakukan didalam air atau pada kerusi jika anda terhad untuk bergerak. Gunakan senaman yang ringan dahulu sebagai langkah permulaan  untuk anda menjadi aktif semula. Adalah penting untuk anda bermula dengan perlahan dan belajar untuk meregangkan badan, memanaskan badan serta menyejukkan badan semula untuk mengelakkan kecederaan.

Pilihlah jenis senaman cardio dahulu adalah lebih baik untuk anda membakar lemak dari senaman mengangkat berat pada waktu permulaan ini. Jika anda ingin memilih jenis senaman yang lebih sirius seperti pergi ke fitness centre atau bersukan, maka jumpalah perunding yang diakui untuk belajar teknik senaman yang betul untuk mengelakkan sebarang kecederaan yang akan melambatkan kemajuan anda.

Tidak kiralah apa jenis senaman yang anda ingin lakukan, jangan bertangguh dan terus sahaja melakukannya. Namun begitu, adalah penting untuk melakukan jenis senaman yang paling anda gemari atau paling kurang anda benci melakukannya.  Apabila anda sudah merasa semakin cerdas nanti dan mencari satu yang lebih mencabar selain dari berjalan kaki, maka satu pilihan senaman lain yang lebih banyak akan terbuka untuk anda dimana saya akan berkongsi selanjutnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan