Selasa, 10 Mei 2011

BERMINAT NAK CUBA SLIM DIET 2...


boleh baca info pengenalan nie

Bagaimana nak lakukan Induction?
Induction (permulaan dan pengenalan)

Pada peringkat Induction, anda dihadkan mengambil hanya 20-25 gram makanan berkarbohidrat SEHARI. Ini akan berlangsung selama 2 minggu di mana anda hanya boleh makan:

1. makanan berprotein tinggi seperti ayam, telur, daging (lembu, kambing, rusa), ikan dan makanan laut (udang, ketam) yang lain. Elak memakan tiram (oyster), kerang dan sotong kerana berkarbohidrat tinggi).

2. Sayuran hijau seperti sawi, kailan, timun, salad, asalkan berwarna hijau (terhad kepada 2 atau 3 cawan sehari).

3. Sayuran seperti tomato, labu, terung, kacang panjang, dihadkan kepada 1 cawan sehari kerana ia mengandungi banyak karbohidrat (melalui gula sayuran).

4. Mentega (butter bukan margerine sebab margerine ada trans-fat yang bahaya untuk kesihatan).

5. Keju (Cheddar, Mozzarella, Swiss, Gouda, Goat) tapi tak lebih dari 3 gram. Jenis lain tak boleh.

6. Salad dressing seperti Mayonnaise (yang biasa, bukan low-fat sebab selalu yang tulis low-fat bukan bererti low-carbohydrate).

7. Olive oil, canola oil, dan kebanyakkan minyak masak boleh dimakan. Tapi pastikan minyak tidak dihydrogenated atau semi-hydrogenated, sebab ia mengandungi trans-fat yang boleh menyebabkan sakit stroke dan sakit jantung.

8. Air sebaiknya air biasa sahaja, sama ada air sejuk, suam, mineral. Jus buah-buahan tidak dibenarkan pada peringkat Induction kerana ia mengandungi tahap gula buah-buahan yang tinggi. Susu dan yoghurt juga tidak dibenarkan pada peringkat ini sebab kandungan karbohidratnya tinggi.

Lakukan Induction sekurang-kurangnya selama 2 minggu dan melalui puasa sekejap ni, anda akan dapat melihat perubahan pada berat badan, bentuk badan dan kecergasan fizikal.

Team DREAMCHASER II / SUNAZRAH SALEH : 010-2749601

1 ulasan:

  1. saya berminat nak cuba... boleh arrange-kan utk delivery secepat mungkin selepas pembayaran? saya berada di selayang-gombak. atau perlu ke sy contact dealer area gombak terus

    pls advice, me 012-9196012

    BalasPadam