Selasa, 28 Februari 2012

Jangan Mengambil Produk Yang Terhasil Dari Perisa Tiruan Mahupun Semulajadi


Jangan Mengambil Produk Yang Terhasil Dari Perisa Tiruan Mahupun Semulajadi (Natural And Artificial Flavours)

Apabila sesuatu jenis makanan itu mengandungi maklumat seperti ini pada label makanan tersebut, ini sebenarnya bermaksud ia mengandungi bahan kimia. Bahan kimia digunakan sebagai bahan tambahan kepada makanan tersebut untuk memberikan rasa yang hampir semulajadi serta memanjangkan jangkahayat makanan tersebut.

Sebenarnya tiada sesiapun tahu apakah sebenarnya jenis bahan kimia tersebut melainkan pengeluar makanan itu sendiri. Jika anda ingin memasukkannya kedalam mulut anda, maka anda sepatutnya layak mengetahui apakah sebenarnya bahan tersebut. Akan tetapi jika semua orang tahu apakah sebenarnya bahan tersebut maka pihak pengeluar pula akan hilang rahsia dangangan mereka kerana ramai yang akan meniru bahan tersebut. Mereka selalunya memberikan maklumat yang minima sahaja yang diperlukan oleh pihak berkuasa atau gambaran secara umum sahaja untuk melindungi rahsia dagangan mereka yang sebenarnya.

Panduan yang patut kita ikuti adalah dengan menjauhi segala jenis makanan yang berperisa tiruan mahupun semulajadi tambah-tambah lagi apabila ditulis pada label makanan tersebut. Makanan yang semulajadi tidak diperlukan langsung untuk dilabel berperisa semulajadi. Jadilah pengguna yang bijak untuk memilih makanan yang sihat untuk tubuh kita.

Khamis, 9 Februari 2012

MITOS DAN KETURUNAN GEMUK


 
Saya Keturunan Gemuk
Ramai orang yang sudah putus as...
a akibat mengalami kegagalan di dalam diet. Salah satu kegagalan adalah disebabkan oleh kepercayaan bahawa masalah kegemukan berpunca dari masalah keturunan.

"Habis bagaimana, saya kan keturunan gemuk, tengoklah emak saya, tengoklah nenek saya, tengoklah bapak saya"....Itulah yang selalu kedengaran

Ingat! Ini adalah sebahagian mitos yang harus dibuang jauh-jauh sekiranya anda ingin kelihatan ramping dan slim.

Apa yang hanya diperoleh atau diperturunkan adalah rangka tubuh kita, ukuran tulang, dan bentuk tubuh. Lemak yang ada di dalam tubuh badan kita BUKANNYA diperturunkan oleh emak kita, atau nenek moyang kita, ataupun dari bapa kita.Timbunan lemak di dalam badan adalah sangat berkait rapat dengan cara pemakanan dan corak kehidupan kita..

Ingat! lupakan tentang berat badan anda,letakkan azam dan semangat baru, kita mahu sihat, somulakan amalan kehidupan yang sihat!


DENGAN SLIM DIET 2 DAPAT MEMBANTU ANDA..

HUBUNGI SUNAZRAH SALEH : 010-2749601