Sabtu, 21 Mei 2011

Bersenam bukan suatu kemestian ketika berdiet (1)


Disamping cara pemakanan yang baru, sebenarnya adalah satu kemestian untuk menjadikan fizikal aktiviti sebagai salahsatu  aktiviti harian untuk penurunan berat badan yang lebih berkesan.

Adalah satu kekeliruan jika anda mengatakan sudah cukup menjaga pemakanan sahaja dan tidak perlu bersenam ketika berdiet SD2. Ini tidak betul. Senaman adalah salahsatu bahagian yang penting ketika berdiet SD2 dan anda tidak boleh mengendahkannya.

Bersenam setiap hari akan:
  • Meningkatkan pembakaran lemak dan penurunan berat badan
  • Mengemaskan (tone) dan memperkuatkan otot anda
  • Membantu menegangkan kulit apabila lemak dibawah kulit dibakar
  • Menjaga kadar tenaga yang sentiasa tinggi
  • Membantu anda untuk tidur nyenyak
  • Menambah baik mood anda
  • Mengurangkan risiko kecederaan
  • Menghindari  penyakit diabetis, penyakit jantung, strok, kanser dan segala penyakit berbahaya diluar sana
  • Membantu mengekalkan berat tulang serta mengurangkan risiko osteoperosis untuk lelaki ataupun perempuan
Pada tahap ini, fokus utama anda mungkin hanya untuk menafaat nombor satu: meningkatkan pembakaran lemak dan penurunan berat badan. Namun begitu, akhirnya anda akan dapat merasakan menafaat baik yang lain.

Buat masa ini, kita akan cuba fahami dulu  bagaimana senaman akan menjadi pelengkap kapada program pemakanan SD2 yang akan menurunkan berat badan anda dengan lebih segera.


Keterangan lanjut boleh hubungi kami:-
DREAMCHASER II
AZLAN 012-2228925
SUNAZRAH 017-2503929


Tiada ulasan:

Catat Ulasan