SLIM DIET II (SD2) Diet Tanpa Perlu Berlapar! Produk Pelangsingan Badan Terkenal Di New Zealand Kini Di MALAYSIA ! . SLIM DIET 2 (SD2) Formula Pelangsingan Badan TERPANTAS DI DUNIA!
Diantara jenis-jenis senaman yang boleh anda lakukan dengan cara yang lebih sirius untuk menurunkan berat badan adalah dengan mengayuh basikal. Ini juga diantara salah satu senaman kegemaran saya.
Dengan mengayuh basikal, anda lebih mudah menaikkan kadar degupan jantung tanpa memberikan tekanan kepada sendi-sendi anda. Jika anda mampu atau boleh pergi ke gym, anda mempunyai lebih banyak pilihan samada memilih stationary-bike yang biasa ataupun recumbent-bike, yang tidak sangat memberikan tekanan kepada belakang dan bahagian bawah badan anda.
Yang penting sekali anda perlu melakukan interval-training atau latihan berselang-seli dimana matlamat anda bukanlah selama mana anda boleh mengayuh tetapi setepat mana anda boleh membuat kayuhan berselang-seli dimana setiap 1 minit anda melakukan kayuhan selaju boleh dan 1 minit lagi kayuhan seperti biasa. Lakukan interval-training ini selama 30 minit setiap hari dan tambah keamatan atau intensity dengan menaikkan gear basikal tersebut apabila anda sudah merasa memerlukan cabaran yang lebih dari biasa.
Jangan lupa memulakan setiap senaman dengan memanaskan badan dan diakhiri dengan menyejukkan badan.
Jika anda tidak pernah bersenam sebelum ini atau sudah lama tidak bersenam, perkara yang pertama sekali yang perlu anda lakukan adalah berbincangkan dengan doktor atau pakar kesihatan anda.
Jika mereka memberikan anda lampu hijau, maka mulakanlah dengan senaman yang paling ringan seperti berjalan kaki. Jangan terlalu menganalisa situasi anda, jangan terlalu takut untuk melakukannya dan janganlah tunggu sehingga anda membeli kasut atau baju senaman yang baru. Terus sahaja melakukannya. Sarungkan jam tangan untuk menentukan waktu senaman anda dan terus sahaja keluar pintu rumah anda untuk berjalan kaki. Berjalanlah selama 15 minit dan perhatikan apakah rasanya pada tubuh anda. (Tip: Terus lakukan senaman pada waktu pagi adalah lebih baik dari menangguhkannya atau menipu diri yang anda akan melakukannya kemudian pada pada waktu petang. Anda tidak akan tahu apakah alasan anda selanjutnya pada siang hari nanti.)
Secara beransur-ansur, tambahlah masa dan keamatan senaman anda; dengan matlamat untuk menjadi aktif sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Janganlah tersenyum sinis atau mengelingkan mata anda. Sebenarnya ini terlalu sekejap untuk anda lakukan perkara-perkara seperti berjalan kaki, mengayuh basikal, menari, aerobik, berjogging atau apa-apa sahaja yang boleh menaikkan degupan jantung anda dengan lebih cepat. Buat permulaan ini anda boleh juga memukul bola tenis kedinding, berjalan naik turun tangga atau mengemas rumah atau menyapu lantai secara pantas.
Boleh juga mencari senaman yang anda boleh lakukan didalam air atau pada kerusi jika anda terhad untuk bergerak. Gunakan senaman yang ringan dahulu sebagai langkah permulaan untuk anda menjadi aktif semula. Adalah penting untuk anda bermula dengan perlahan dan belajar untuk meregangkan badan, memanaskan badan serta menyejukkan badan semula untuk mengelakkan kecederaan.
Pilihlah jenis senaman cardio dahulu adalah lebih baik untuk anda membakar lemak dari senaman mengangkat berat pada waktu permulaan ini. Jika anda ingin memilih jenis senaman yang lebih sirius seperti pergi ke fitness centre atau bersukan, maka jumpalah perunding yang diakui untuk belajar teknik senaman yang betul untuk mengelakkan sebarang kecederaan yang akan melambatkan kemajuan anda.
Tidak kiralah apa jenis senaman yang anda ingin lakukan, jangan bertangguh dan terus sahaja melakukannya. Namun begitu, adalah penting untuk melakukan jenis senaman yang paling anda gemari atau paling kurang anda benci melakukannya. Apabila anda sudah merasa semakin cerdas nanti dan mencari satu yang lebih mencabar selain dari berjalan kaki, maka satu pilihan senaman lain yang lebih banyak akan terbuka untuk anda dimana saya akan berkongsi selanjutnya.
Senaman, dalam bentuk atau jenis apapun, akan membantu membina atau sekurang-kurangnya mengekalkan jisim otot anda.
Senaman yang mengutamakan mengangkat berat sudah tentu akan membina jisim otot dengan lebih banyak. Banyak orang yang terlebih berat akan mengelakan senaman mengangkat berat kerana mereka takut akan membina otot yang lebih serta badan akan nampak lebih besar. Sebenarnya ini tidak akan berlaku jika kita tahu bagaimana cara untuk melakukannya.
Namun begitu buat masa ini cukuplah untuk kita memahami bahawa sebenarnya dengan membina jisim otot akan banyak membantu badan kita membakar lemak dengan lebih cepat. Tetapi kita perlu beringat bahawa pada waktu permulaan apabila kita membina jisim otot, besar kemungkinan kita tidak akan nampak apa-apa penurunan atau berat kita mungkin juga akan naik lebih sedikit. Ini hanyalah menunjukkan bahawa sebenarnya jisim otot kita meningkat tetapi lemak kita sebenarnya sudah banyak berkurangan. Kita perlu faham bahawa jisim otot adalah lebih padat dari lemak jadi perubahan yang sedikit akan nampak lebih ketara pada keseluruhan berat kita.
Kita akan nampak perbezaan sebenar pada apa yang kita rasa pada tubuh badan kita dan juga bagaimana pakaiaan kita rasa sesuai pada tubuh badan kita. Yang lebih penting, jisim otot kita memerlukan lebih tenaga pada badan dari lemak yang ada pada tubuh kita. Dengan kata lain, apabila kita menambah jisim otot, kita akan sebenarnya akan membakar lebih kalori walaupun kita tidak bergerak.
Ini bermakna senaman akan membantu kita menurunkan berat badan dengan tiga cara yang berbeza:
Dengan cara yang difahami ramai - kita membakar lebih kalori ketika melakukan senaman
Apabila kita selesai bersenam, metabolisma kita masih berada pada kadar yang tinggi untuk beberapa jangkamasa tertentu - dimana anda juga berpeluang membakar lebih kalori dari biasa
Apabila anda sudah mula membina jisim otot, maka metabolisma anda juga akan meningkat dengan lebih banyak pada 24/7 atau setiap masa dan anda masih tetap membakar lemak walaupun beratur panjang di kaunter pejabat pos
Jika anda faham dan bersetuju dengan konsep diatas, maka pada topik selanjutnya kita akan melihat apakah yang perlu kita lakukan selanjutnya untuk mula menggerakkan badan kita ketika berdiet.
Disamping cara pemakanan yang baru, sebenarnya adalah satu kemestian untuk menjadikan fizikal aktiviti sebagai salahsatu aktiviti harian untuk penurunan berat badan yang lebih berkesan.
Adalah satu kekeliruan jika anda mengatakan sudah cukup menjaga pemakanan sahaja dan tidak perlu bersenam ketika berdiet SD2. Ini tidak betul. Senaman adalah salahsatu bahagian yang penting ketika berdiet SD2 dan anda tidak boleh mengendahkannya.
Bersenam setiap hari akan:
Meningkatkan pembakaran lemak dan penurunan berat badan
Mengemaskan (tone) dan memperkuatkan otot anda
Membantu menegangkan kulit apabila lemak dibawah kulit dibakar
Menjaga kadar tenaga yang sentiasa tinggi
Membantu anda untuk tidur nyenyak
Menambah baik mood anda
Mengurangkan risiko kecederaan
Menghindari penyakit diabetis, penyakit jantung, strok, kanser dan segala penyakit berbahaya diluar sana
Membantu mengekalkan berat tulang serta mengurangkan risiko osteoperosis untuk lelaki ataupun perempuan
Pada tahap ini, fokus utama anda mungkin hanya untuk menafaat nombor satu: meningkatkan pembakaran lemak dan penurunan berat badan. Namun begitu, akhirnya anda akan dapat merasakan menafaat baik yang lain.
Buat masa ini, kita akan cuba fahami dulu bagaimana senaman akan menjadi pelengkap kapada program pemakanan SD2 yang akan menurunkan berat badan anda dengan lebih segera.
Betul. Orang lelaki memang mempunyai kelebihan tertentu apabila berdiet SD2. Malangnya dalam hal ini, penurunan berat badan bukanlah sesuatu peluang yang sama dan adil untuk semua jantina.
Jantina dan umur juga menjadi faktor penentu. Ada sekurang-kurang tiga (3) sebab utama kebanyakan orang lelaki, terutamanya yang lebih muda - lebih banyak menurunkan berat badan dari wanita atau wanita yang lebih tua.
Pertama, secara umumnya lelaki mempunyai jisim otot yang lebih banyak dari wanita. Jadi mereka akan membakar lebih kalori dari wanita.
Kedua, tubuh wanita selalunya akan melalui fasa perubahan hormon yang akan menghuru-harakan situasi kadar gula dalam darah dan juga tindakbalas insulin didalam tubuh.
Akhir sekali, estrogen yang berlebihan akan menghalang fungsi thyroid anda, yang mengakibatkan metabolisma anda menjadi rendah. Dengan itu anda akan merasa amat susah untuk menurunkan berat badan.
Jika kita faham akan konsep ini dengan betul, maka kita akan dapat melakukan satu program yang sesuai untuk tubuh kita sendiri. Namun begitu janganlah selalu membandingkan penurunan berat badan kita dengan orang lain kerana keadaan dalaman tubuh kita memang berbeza-beza.
Berminat ingin mencuba SLIM DIET 2 boleh hubungi :-
Bagaimana nak lakukan Induction? Induction (permulaan dan pengenalan)
Pada peringkat Induction, anda dihadkan mengambil hanya 20-25 gram makanan berkarbohidrat SEHARI. Ini akan berlangsung selama 2 minggu di mana anda hanya boleh makan:
1. makanan berprotein tinggi seperti ayam, telur, daging (lembu, kambing, rusa), ikan dan makanan laut (udang, ketam) yang lain. Elak memakan tiram (oyster), kerang dan sotong kerana berkarbohidrat tinggi).
2. Sayuran hijau seperti sawi, kailan, timun, salad, asalkan berwarna hijau (terhad kepada 2 atau 3 cawan sehari).
3. Sayuran seperti tomato, labu, terung, kacang panjang, dihadkan kepada 1 cawan sehari kerana ia mengandungi banyak karbohidrat (melalui gula sayuran).
4. Mentega (butter bukan margerine sebab margerine ada trans-fat yang bahaya untuk kesihatan).
5. Keju (Cheddar, Mozzarella, Swiss, Gouda, Goat) tapi tak lebih dari 3 gram. Jenis lain tak boleh.
6. Salad dressing seperti Mayonnaise (yang biasa, bukan low-fat sebab selalu yang tulis low-fat bukan bererti low-carbohydrate).
7. Olive oil, canola oil, dan kebanyakkan minyak masak boleh dimakan. Tapi pastikan minyak tidak dihydrogenated atau semi-hydrogenated, sebab ia mengandungi trans-fat yang boleh menyebabkan sakit stroke dan sakit jantung.
8. Air sebaiknya air biasa sahaja, sama ada air sejuk, suam, mineral. Jus buah-buahan tidak dibenarkan pada peringkat Induction kerana ia mengandungi tahap gula buah-buahan yang tinggi. Susu dan yoghurt juga tidak dibenarkan pada peringkat ini sebab kandungan karbohidratnya tinggi.
Lakukan Induction sekurang-kurangnya selama 2 minggu dan melalui puasa sekejap ni, anda akan dapat melihat perubahan pada berat badan, bentuk badan dan kecergasan fizikal.
Team DREAMCHASER II / SUNAZRAH SALEH : 010-2749601
Jika badan anda merasa lenguh dan letih ketika berdiet atau selepas melakukan senaman, maka pastikan anda mengambil air garam atau light salt utk menambah minerals didlm badan anda. Selalunya selepas minum air garam tersebut badan anda akan segar semula. Boleh juga mengambil minuman isotonik, selalunya ada 16.3 gm karbs setiap 240ml dan pastikan anda tidak mengambil lebih dari limit karbohidrat anda sehari.
1) Diantara tanda-tanda ketidakselesaan pada tubuh badan yang mungkin disebabkan anda menghidapi masalah hormon adalah seperti berikut:-
Payudara terasa tegang atau sakit
Water retention atau menakung air berlebihan
Sakit-sakit sendi atau otot
Kekejangan
Perut kembung
Tidak selesa bila disentuh
Sakit pada kulit kepala
Tidak selesa ketika menyikat rambut
2) Diantara tanda-tanda lain adalah perubahan dalam kitaran haid yang mungkin disebabkan anda menghidapi masalah hormon adalah seperti berikut:-
Kesukaran untuk hamil
Haid yang terlalu jarang (biasanya lebih dari 6 minggu)
Haid yang terlalu kerap (biasanya kurang dari 3.5 minggu)
Pendarahan yang banyak
Ketompokan darah kotor
Pendarahan yang tidak terhenti-henti
Kekejangan atau senggugut keterlaluan
3) Diantara tanda-tanda lain adalah perubahan pada bahagian pinggul dan vagina yang mungkin disebabkan anda menghidapi masalah hormon adalah seperti berikut:-
Jangkitan pada vagina yang lambat sembuh
Kesakitan ketika bersetubuh
Kehilangan nikmat terhadap seks
Kekeringan
Jika anda ada tanda-tanda begini, maka besar kemungkinan anda menghidapi masalah hormon yang tidak seimbang dan mengganggu diet anda. Perbetulkanlah hormon anda dahulu sebelum berdiet.
Untuk keterangan lanjut boleh hubungi kami :-
Team Dreamchaser II
Azlan Azman : 012-2228925
Sunazrah Saleh : 017-2503929
Saya pengidap diabetis diagnose oct 2010, on glucovane( metformin 500 + dionil 2.5mg). dan 2nd interferlity tahap progesterone > 0.80 mmol/l dan ambil ubat untuk consif clomid and dulpustone for 3month. last week saya ambil SD2 pada hari rabu dgn weight 94kg.
20/4/20011 today, jumpa doctor beratu saya 92kg dan HB1AC dr 7.1 dah turun ke 6.7 mmol/l dan 2hPP saya dr 9.4mmol/l ke 5.4mmol/l...dan
dgn perubahan ini doc. dah turunkan dose ubat saya ke metformin 500mg sahaja. dan
appoitment dr 3 bulan sekali ke 4 bulan sekali.doctor bg lagi 6 bulan utk saya achieve normal BMI. then no more metformin. tlg ler saya untuk dptkan kembali berat saya ke 65kg. - MESEJ dr sharifah sg buloh...
Syukur alhamdulilah dapat membantu kwn2
Keterangan lanjut mengenai SLIM DIET 2 boleh call/sms :-
Team Dreamchaser II
Azlan Azman : 012-2228925
Sunazrah Saleh : 017-2503929