Khamis, 10 Mac 2011

Jom kita bersenam di Rumah

Hari ini saya nak berkongsi tips senaman bagi orang yang sibuk, samada bekerja ataupun belajar, masa untuk melakukan aktiviti memang terhad, terutama suri rumah tangga  yang kini sibuk menguruskan anda yang telah memasuki alam persekolahan.



1. Kerusi dan tangga
Kerusi dan tangga yang ada dirumah merupakan peralatan terbaik untuk anda melakukan senaman,khususnya bahagian perut dan kaki.Selain itu,ia juga boleh di gunakan untuk latihan tekan tubi dan rutin senaman lain yang bersesuaian,anda juga boleh melakukan larian turun naik tangga.


2.Tali skipping
bersenam menggunakan tali skipping adalah salah satu cara mudah untuk dilakukan dirumah, ada orang yang suka melakukan kiraan ulangan ketika melakukannya, ada yang mengira hingga 100 dan sebagainya, cara yang paling baik ialah lakukan dengan menetapkan lebih banyak masa yang anda mampu, jika anda mampu lakukan selama 2 minit, lakukannya selama 2 minit.jika tidak larat , berehat seketika dan lakukan semula. lakukan sekerap yang mungkin dalam waktu sersebut.

setiap senaman yang dilakukan dirumah, jangan jadikan rutin harian, tukar senaman atau jadual harian anda. kalau boleh setiap hari, kalau tak boleh, tukar setiap 2 minggu, ia penting untuk membakar lebih banyak kalori dalam badan.

ni kerana, kerja-kerja rumah atau senaman tersebut, apabila dilakukan berulang-ulang kali, akan berubah menjadi apa yang dikenali sebagai “rutin” – badan akan sedaya upaya menyesuaikan dirinya agar jisim tubuh tidak berkurangan; ketahuilah bahawa turun berat badan sebenarnya dikira sebagai rugi oleh tubuh badan kita. Meskipun pada kita turun berat badan itu bagus untuk mendapatkan BMI yang idle, tetapi badan kita menganggap sebaliknya. Analogi mudah, anggap sahaja berat badan kita seperti wang di bank, bukankah penyusutan jumlah wang itu sesuatu yang merugikan?

Sesuatu yang menjadi rutin, meskipun menggunakan kalori, namun ia tidak membakar lemak secara efektif. Untuk membakar lemak, kita kena pandai ‘menipu’ tubuh badan kita supaya badan tidak boleh menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut, lalu akan terus ‘tertipu’ untuk membakar kalori dengan kadar yang sama seperti bersenam meskipun anda sedang tidur! Inilah resepi kejayaan “weight/fat loss” yang ramai mungkin tak nampak.

Selamat bersenam !!

Team Dreamchaser II


Tiada ulasan:

Catat Ulasan