Selasa, 28 Februari 2012

Jangan Mengambil Produk Yang Terhasil Dari Perisa Tiruan Mahupun Semulajadi


Jangan Mengambil Produk Yang Terhasil Dari Perisa Tiruan Mahupun Semulajadi (Natural And Artificial Flavours)

Apabila sesuatu jenis makanan itu mengandungi maklumat seperti ini pada label makanan tersebut, ini sebenarnya bermaksud ia mengandungi bahan kimia. Bahan kimia digunakan sebagai bahan tambahan kepada makanan tersebut untuk memberikan rasa yang hampir semulajadi serta memanjangkan jangkahayat makanan tersebut.

Sebenarnya tiada sesiapun tahu apakah sebenarnya jenis bahan kimia tersebut melainkan pengeluar makanan itu sendiri. Jika anda ingin memasukkannya kedalam mulut anda, maka anda sepatutnya layak mengetahui apakah sebenarnya bahan tersebut. Akan tetapi jika semua orang tahu apakah sebenarnya bahan tersebut maka pihak pengeluar pula akan hilang rahsia dangangan mereka kerana ramai yang akan meniru bahan tersebut. Mereka selalunya memberikan maklumat yang minima sahaja yang diperlukan oleh pihak berkuasa atau gambaran secara umum sahaja untuk melindungi rahsia dagangan mereka yang sebenarnya.

Panduan yang patut kita ikuti adalah dengan menjauhi segala jenis makanan yang berperisa tiruan mahupun semulajadi tambah-tambah lagi apabila ditulis pada label makanan tersebut. Makanan yang semulajadi tidak diperlukan langsung untuk dilabel berperisa semulajadi. Jadilah pengguna yang bijak untuk memilih makanan yang sihat untuk tubuh kita.

Khamis, 9 Februari 2012

MITOS DAN KETURUNAN GEMUK


 
Saya Keturunan Gemuk
Ramai orang yang sudah putus as...
a akibat mengalami kegagalan di dalam diet. Salah satu kegagalan adalah disebabkan oleh kepercayaan bahawa masalah kegemukan berpunca dari masalah keturunan.

"Habis bagaimana, saya kan keturunan gemuk, tengoklah emak saya, tengoklah nenek saya, tengoklah bapak saya"....Itulah yang selalu kedengaran

Ingat! Ini adalah sebahagian mitos yang harus dibuang jauh-jauh sekiranya anda ingin kelihatan ramping dan slim.

Apa yang hanya diperoleh atau diperturunkan adalah rangka tubuh kita, ukuran tulang, dan bentuk tubuh. Lemak yang ada di dalam tubuh badan kita BUKANNYA diperturunkan oleh emak kita, atau nenek moyang kita, ataupun dari bapa kita.Timbunan lemak di dalam badan adalah sangat berkait rapat dengan cara pemakanan dan corak kehidupan kita..

Ingat! lupakan tentang berat badan anda,letakkan azam dan semangat baru, kita mahu sihat, somulakan amalan kehidupan yang sihat!


DENGAN SLIM DIET 2 DAPAT MEMBANTU ANDA..

HUBUNGI SUNAZRAH SALEH : 010-2749601

Rabu, 25 Januari 2012

Bagaimana SLIM DIET 2 bertindak ?


Prinsipnya menghampiri pengurangan berat badan secara semulajadi dan ianya terbukti berkesan dan selamat. SLIM DIET II membekalkan kesemua zat pemakanan yang seimbang seperti protin berkualiti tinggi, pelbagai vitamin, galian mineral dan asid lemak dalam jumlah keperluan seimbang. Ianya juga telah diperkayakan dengan protin (protin soya isolat). Masalah kesihatan yang sedang dialami juga bertambah baik tanpa anda sedari seperti darah tinggi, sakit jantung, masaalah berkaitan pernafasan dan obesiti. Insya'allah. Ianya tidak menyebabkan:
  • Rasa lapar yang menyeksakan. Hanya makan makanan anda seperti biasa 3 kali sehari. 
  • Ianya tiada kesan sampingan dan rasa tidak selesa yang kerap berlaku dalam program penurunan berat biasa yang lain.
Pengurangan berat badan melalui SLIM DIET II adalah mudah, selamat dan berkesan. Pengurangan berat badan adalah PASTI manakala rasa lapar dapat dihindari. Paling penting ialah kemungkinan penambahan balik berat yang dikurangkan adalah sangat rendah.

Keterangan lanjut mengenai SLIM DIET 2 boleh hubungi :-
Team DREAMCHASER II / SUNAZRAH SALEH : 010-2749601

Selasa, 24 Januari 2012

Peraturan penting berdiet dengan SLIM DIET 2


 
1. Jangan meninggalkan waktu makan
2. Jangan tidak makan melebihi 6 jam pada waktu kita jaga
3. Makan protein yang cukup
4. Jangan makan melebihi 35 gm karbohidrat setiap hari
5. Jangan makan apa-apa jenis buah-buahan, Roti, Pasta, Bijiran, Sayuran berkanji, Kekacang atau apa-apa makanan yang diperbuat daripada Tepung dan Gula ketika berdiet
6. Minum sekurang-kurangnya 2 litre air kosong setiap hari
7. Hindari minuman berkafein seperti Kopi, Teh dan Minuman ringan yang bergas
8. Kira setiap pemanis tiruan sebagai 1 gm net karbohidrat
9. Apabila anda makan diluar, maka berhati-hati dengan karbohidrat yang tersembunyi. Tepung gamdum, Tepung jagung dan Gula adalah intipati didalam Kuah, Sos dan Dressings
10. Jangan menyangka semua makanan mempunyai karbohidrat yang rendah
 
Keterangan lanjut mengenai SLIM DIET 2 boleh hubungi :-
Team DREAMCHASER II / SUNAZRAH SALEH : 010-2749601

Kenapa berat tak turun walaupun dah penat berDIET



1) AIR : Air memainkan peranan yg penting untuk memastikan kita sentiasa segar dan amat membantu dlm penurunan berat badan kerana air boleh membantu utk meningkatkan metabolisma tanpa sebarang nutrisi maksudnya, air ni kosong nutrisi, tak ada carbohidrat, jadi rugi lah kalau kita minum air kurang. Belum lagi kira utk buah pinggang sebab tu jgn seseka...
...li kurang air 4-5 gelas sebelum makan sudah mesti.

2) TIDAK CUKUP MAKAN : Makan mesti cukup, jgn skip makan jangan berlapar ada yg sampai sakit2 kepala sebab tak makan, ni dah salah makanan yg cukup juga dapat memastikan badan kita tak masuk satu mode yg amat dikenali dalam diet, iaitu mode lapar. Kalau makanan yg kita makan mencukupi, ini dapat memastikan kadar metabolisma kita sentiasa tinggi tambah lagi dgn exercise.

3) KARBOHIDRAT TERSEMBUNYI : Ini biasanya datang daripada Sos/kicap yg kita tak perasan ada karbohidrat yg tinggi. Sila check bab sos/kicap, kita mesti baca label betul-betul teliti betul-betul kandungan karbohidrat, yg pasti kita tak boleh ambil karbo lebih drp 35gm sehari kalau betul-betul nak kurus.

4) IKUT SUKATAN SLIM DIET 2 : Wajib di ambil 2 scoop 4x sehari. Pasal ada yg nak jimat dengan mengambil 3x sehari sahaja jadi macam mana nak turun cepat kalau dos kurang tak perlu jimat nak turun berat cepat ke lambat?

INGAT MATLAMAT ANDA KENAPA NAK TURUNKAN BERAT BADAN!!!

Keterangan lanjut mengenai produk boleh hubungi :-
Team DREAMCHASER II / SUNAZRAH SALEH : 010-2749601

Apa kelebihan menjadi SUPERVISOR?


# Lesen untuk WANG ROYALTI.Mudah bukan?


# RM30 untung runcit setiap tin = 30tin x RM30 = RM900


# Bonus Automatik Supervisor cek bernilai ~ RM300


# Rebet RM25 untuk pembelian tin ke 31 dan seterusnya.Ini bermakna anda memperolehi keuntungan RM55 untuk setiap tin yang dijual. (RM25 rebet + RM30 untung runcit)


# Bonus RM500 dengan mendaftarkan Pengedar/Supervisor baru


# Bonus RM150 bagi setiap Pengedar/Supervisor yang berdaftar di bawah pengedar anda (indirect)


#Royalti untuk Bonus Perniagaan Baru antara 2% hingga 4%


# Bonus RM25 untuk setiap tin dengan kemasukan Ahli baru yang membeli 3tin = RM25x 3 tin = RM75


# Bonus RM21 untuk setiap tin dengan kemasukan Ahli baru yang membeli 4 tin atau 5 tin


# Bonus RM17 untuk setiap tin dengan kemasukan Ahli baru yang membeli 6 tin atau 7 tin


# Bonus RM13 untuk setiap tin dengan kemasukan Ahli baru yang membeli 8 tin atau 9 tin


# Bonus RM9 untuk setiap tin dengan kemasukan Ahli baru yang membeli 10 tin -29 tin


# Anda mendapat Bonus Rangkaian sebanyak 4 peringkat(level) 5% 5% 3% 3%= 16%

Keterangan lanjut boleh hubungi :-
DREAMCHASER II / SUNAZRAH SALEH : 010-2749601

Ahad, 22 Januari 2012

Fungsi & Kebaikan Apple Cider



Minum cuka (apple cider vinegar) adalah cara paling mudah untuk membantu mengurangkan berat badan kerana ia bukan sahaja membantu penghadaman dan penyerapan nutrien (bukan lemak), cuka juga merupakan salah satu makanan paling alkali dimana ia dapat mengimbangkan keseimbangan asid-alkali badan anda. Cuka membantu mempercepatkan metabolisma badan untuk menyingkir lemak2 terkumpul pada badan anda.

Cuba mengambil SD2 dengan apple cider vinegar dan ketostix anda menjadi pink dengan cepat....


Fungsi & Kebaikan Apple Cider :-
Untuk pengguna Slim Diet II, anda boleh lmencampurkan 'Apple Cider'- 2 sudu kecil bersama SD2/ campur air biasa/sejuk minum begitu sahaja pun boleh, ia bertujuan membantu meningkatkan metabolisma badan....

1. Merangsang pemecahan lemak
2. Melancarkan perjalanan darah
3. Menguatkan tenaga dalaman
4. Meningkatkan kecergasan, daya ingatan, emosi, kreativiti, hafalan dan kepintaran anak-anak
5. Melawaskan usus besar dan kecil
6. Juga berfungsi sebagai: Anti-alergik, Anti-septik, Anti-anemia, Anti-ulcer
7. Masalah kulit seperti jerawat
8. Menghalang penyerapan atau timbunan lemak
9. Meningkatkan metabolisme di bahagian tubuh tertentu
10. Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan (Pemparitan Limfatik)
11. Melembapkan dan mengencangkan kulit
12. Mencegah dan mengawal selulit
13. Melangsingkan bonggol lemak yang tidak perlu terutama di bhgn perut, tepi dan belakang lengan, pinggul dan peha
14. Meredakan sakit dan sengal sendi
15. Menurunkan risiko masalah jantung dan barah
16. Mengandungi anti-oksidan yang menjaga kesihatan jantung dan pengelak barah
17. Meningkatkan kesihatan membran paru-paru
18. Meningkatkan kesihatan tulang dgn menambah bahan kimis (boron) padas mineral tulang
19. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol darah
20. Membantu mengekalkan berat badan yang ideal
21. Menghilangkan stress dan membantu tidur yang nyenyak, dan sebagainya.
Apple Cider digunakan sejak 400BC oleh Hippocrates (bapa perubatan moden) sebagai tonik tenaga dan penyembuh..

CARA GUNA: 2 sudu kecil APPLE CIDER boleh campur dalam 2 scoop SLIM DIET 2 - 2 kali sehari .

Keterangan lanjut boleh hubungi :-
SUNAZRAH SALEH : 010-2749601

Rabu, 21 September 2011

Cara-cara kegunaan KETOSTIK


Salam & Selamat Sejahtera,

Saya ambil maklum bahawa telah ramai antara pengguna SDII yang telah berjaya menurunkan berat badan!Tahniah diucapkan.. Namun masih ada yang tidak berjaya menurunkan berat badan walaupun 1 kg! Sedangkan segala tip yang dicadangkan telah diikuti sepenuhnya bukan..?? Minum 4 kali sehari, sekali 2 skup, Minum air putih banyak, Perlu makan.. dll

Bagi mengenalpasti sebab mengapa berat badan tidak dapat turun, perkara terbaik adalah melalui ujian ketostix..

Disini saya lampirkan panduan penggunaan ketostix;

Ujian Ketostix dilakukan melalui air kencing (urine), kenal pasti ketona air kencing, Pembakaran Lemak.. Kaedah seperti ujian kehamilan..

Ujian Air Kencing

Warna / Petunjuk

Putih/Tiada – Pengambilan karbohidrat terlalu tinggi untuk menggalakkan pemecahan lemak (so, maknanya kita terlebih karbo, cadangan; kurangkan lagi karbo dalam menu) lemak tidak dibakar

Merah Jambu – Bacaan yang IDEAL yang menunjukkan pembakaran lemak (anda berada di landasan yang betul, kekalkan menu)

Ungu - Perlu menambahkan karbohidrat dan pengambilan air (tambahkan sedikit karbo dalam menu)

Pengambilan karbohidrat terbatas yang betul akan menukar;
kertas ujian/Strip kepada Merah Jambu = Lemak dibakar
kertas ujian /Strip tiada perubahan = Lemak tidak dibakar (pengambilan karbohidrat berlebihan)
penurunan berat badan akan cepat dan selamat bila bacaan adalah merah jambu.
Waktu yang paling sesuai untuk membuat ujian adalah seawal waktu pagi.

(p/s: Strip Ketona mengambil masa 60 saat untuk menghasilkan warna)

Slim Diet 2 adalah satu program/pelan diet yang berasaskan kepada Ketosis iaitu proses semulajadi pembakaran lemak kepada tenaga. Oleh itu, tahap pembakaran lemak kepada protein boleh diukur dengan menggunakan Keto Sticks (contoh seperti dalam gambar di atas). Masa terbaik untuk melakukan pemeriksaan adalah pada hari ke-3 hingga hari ke-7 anda mula mengambil SD2.

CARA KEGUNAAN KETOSTIK :
lakukan ujian ke atas air kencing anda sebaik-baiknya di awal pagi sebelum makan/minum apa-apa. Celupkan Keto Sticks ke dalam air kencing selama 1 - 2 saat. Pastikan bahagian depan Keto Sticks yang terdapat kertas ujian tercelup ke dalam air kencing sepenuhnya. Bandingkan keputusan ujian dengan jadual keputusan Keto Sticks.


sekian, selamat mencuba! Harap membantu! 
Pena : Sunazrah Saleh

Selasa, 16 Ogos 2011

Pembedahan Pemintasan Gastrik?

Transformasi: Dari Obese Ke Anoreksia

Transformasi: Dari Obese Ke Anoreksia


Orang yang berbadan besar selalu mengidamkan badan yang kurus sampai sanggup melakukan apa sahaja walaupun tindakan itu boleh membahayakan diri dan kesihatan mereka seperti yang terjadi kepada Malissa Jones.
Malissa Jones, 21 tahun, telah menjalani pembedahan pemintasan gastrik (gastrick bypass) termuda di Britain 4 tahun yang lalu. Ketika itu beliau dikategorikan remaja wanita paling obese di Britain dengan berat maksima 216kg. Dan dengan bantuan dana dari National Health Service sebanyak GBP 10 000, beliau telah menjalani pembedahan tersebut pada Januari 2008 untuk mengurangkan berat badannya.

Apa Itu Pembedahan Pemintasan Gastrik?
gastric bypass Transformasi: Dari Obese Ke Anoreksia
Pembedahan ini bertindak untuk ‘mengecilkan saiz perut’ dan ini bukanlah perkara baru di kalangan kita memandangkan salah seorang selebriti terkenal tanah air iaitu Syanie, juga telah menurunkan berat badan sebanyak beberapa puluh kilogram dengan cara yang sama.
Ketika obese, Malissa kebiasaannya akan mengambil sehingga 15 000 kcal sehari (kebanyakkannya datang daripada makanan ringan) sedangkan pengambilan kalori yang disyorkan hanyalah secara purata 2000 kcal sehari.
malissa hospital 210x300 Transformasi: Dari Obese Ke Anoreksia
Selepas menjalani pembedahan Malissa mengalami pengurangan berat badan yang mendadak. Apabila sudah kurus, beliau mula berjinak-jinak dengan dunia clubbing, sehingga beliau mengandungkan anak luar nikah hasil hubungan intim bersama dengan teman lelaki beliau, Chris Robottom. Walaupun ketika mengandung, Malissa tetap mengamalkan diet yang sangat ekstrim iaitu dengan hanya mengambil 300 kcal sahaja sehari. Enam bulan kemudian, bayi yang dikandungnya terpaksa dilahirkan secara pembedahan Caesarean kerana mengalami komplikasi ketika mengandung. Malangnya bayi tersebut mati kerana tidak menerima zat-zat penting akibat dari diet Malissa yang melampau.
Selepas kematian anaknya Malissa menjadi semakin murung. Menu harian beliau hanyalah 3 batang lobak, beberapa hidangan sayur rebus dan sebiji kentang. Badan beliau semakin menyusut dan doktor kini mengesahkan dia mengidap ANOREKSIA. Dan doktor memberitahunya dengan serius beliau bakal menemui maut dalam masa 6 bulan sekiranya beliau tidak meningkatkan kadar pengambilan makanannya! Berat beliau kini ialah 50 kg dan bagi gadis berketinggian 5 kaki 8 inci seperti Malissa, ini dianggap tidak ideal.

Melissa dengan nada kesal memberitahu,
Saya bukannya suka-suka tak mahu makan banyak, tetapi saya lebih rela mati daripada memaksa diri saya makan dengan lebih banyak. Menelan setiap makanan itu amat menyakitkan dan sejumlah makanan yang kecil sahaja sudah mampu membuat perut saya kejang (kesakitan). Sekiranya saya diberi peluang, saya lebih rela kekal gemuk. Saya tidak mahu mengambil jalan mudah (pembedahan) semasa hendak menurunkan berat badan dahulu. Dan saya menasihati rakan-rakan di luar sana yang berhasrat hendak melakukan pembedahan untuk menurunkan berat badan agar melupakan sahaja hasrat itu, sebaliknya turunlah berat secara sihat”.
Dr Funke Baffour daripada Waltham Cross, Herts berpendapat mungkin terdapat faktor psikologi untuk masalah obesiti Malissa yang tidak dapat ditangani oleh ‘gastric band’ (merujuk kepada pembedahan pemintasan gastrik). Berkemungkinan juga Malissa takut untuk menjadi obese kembali, maka dengan itu beliau tidak mahu makan.

Sumber: http://selangor2u.com/

mengapa kita perlu melakukan pembedahan segeni rupa.. Akan datang ia akan memudaratkan kesihatan kita. Dengan Diet SLIM DIET 2 anda tak perlu melakukan semua ini. Anda hanya perlu berdisplin & mematuhi cara pemakanan yg ditetapkan... BERDIET TANPA PERLU BERLAPAR.. Berdiet secara sihat

Sunazrah Saleh : 017-2503929

Tabiat Makan Punca DIABETES


News : Oleh Norzaila Rosli (Yang menghadiri Kongres Hipertensi Asia-Pasifik di Singapura tajaan Pfizer)

MENGUBAH tabiat manusia sememangnya suatu perkara paling sukar dilakukan dalam kehidupan kita.

Tetapi, tahukah anda penyakit seperti diabetes atau kencing manis boleh membuatkan anda merana seumur hidup sekiranya amalan gaya hidup dan pemakanan yang tidak sihat tidak dihentikan segera?

Diabetes yang sehingga kini masih belum ada penawarnya bukan sahaja `menyerang’ secara perlahan malah boleh menimbulkan pelbagai komplikasi.
Antaranya kebutaan, amputasi (kehilangan anggota tubuh), kerosakan urat saraf, kerosakan buah pinggang, masalah kardiovaskular seperti serangan jantung dan angin ahmar serta boleh kehilangan jangka hayat.

Oleh itu, awasilah diet, pemakanan dan gaya hidup sekiranya anda sayangkan diri dan nyawa anda.

Menurut kajian yang dilakukan ke atas penyakit tersebut, diabetes didapati semakin menular di kalangan masyarakat Asia terutama golongan lelaki pertengahan umur ke atas.
Peningkatan dari segi statistik itu menunjukkan penduduk Asia bakal berhadapan risiko kehilangan nyawa lebih tinggi sekiranya penyakit tersebut tidak dikawal segera.
Berdasarkan statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sebanyak 300 juta orang di seluruh dunia dijangka menghidap diabetes menjelang tahun 2025.

Daripada jumlah tersebut, satu per tiga daripadanya adalah dari Asia Tenggara.
Walaupun diabetes tidak membunuh tetapi pesakit boleh kehilangan nyawa sekiranya turut menghidapi penyakit berbahaya lain.

Biasanya individu yang menghidap diabetes cenderung mendapat penyakit seperti tekanan darah tinggi dan paras kolesterol yang tinggi.

Kedua-dua penyakit ini boleh mendatangkan akibat yang berbahaya seperti serangan jantung atau angin ahmar sehingga meragut nyawa.

Menurut pakar endokrin kampus kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian Kelantan, Prof. Mafauzy Mohamed, kadar tekanan darah tinggi di kalangan pesakit diabetes di Malaysia semakin meningkat.

“Seramai 55.9 peratus mempunyai tekanan sistolik (bacaan atas) melebihi 140mmHg manakala 40.9 peratus pula mempunyai tekanan diastolik (tekanan bawah) melebihi 90mmHg,” katanya.

Beliau berkata, rakyat perlu sentiasa diingatkan tentang tabiat makanan yang betul dari semasa ke semasa supaya tidak leka dengan risiko yang bakal diterima.

“Apa yang enak dimakan tidak semestinya bagus dan begitu juga sebaliknya,” kata beliau.
Mengulas lanjut, Prof. Mafauzy menjelaskan masyarakat Melayu khasnya tidak gemar makan sayuran, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan khasiat kepada tubuh badan.

Justeru katanya, kadar serangan jantung dan angin ahmar di kalangan pesakit diabetes Melayu adalah lebih tinggi berbanding bangsa lain.

“Orang Melayu gemar kepada makanan yang bersantan dan bergoreng. Kita perlu ingat, santan dan minyak adalah sumber utama kolesterol. Jika dilihat, kadar obesiti semakin meningkat kerana penggunaan santan dan minyak yang berlebihan dalam makanan kita pada hari ini.

“Kita sepatutnya tidak melupakan amalan pemakanan nenek moyang kita yang gemar membakar dan merebus makanan,” katanya lagi.

Hubungan antara tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan penyakit kardiovaskular telah disahkan tahun lalu melalui suatu kajian yang dipanggil ASCOT (Ujian Kedapatan Kardiak Anglo-Scandinavian).

Prof. Neil Poulter dari Imperial College London berkata, kawalan ke atas tahap kolesterol dalam badan boleh mengurangkan risiko serangan jantung atau angin ahmar di kalangan pesakit diabetes.

“Pesakit diabetes mempunyai risiko serangan jantung dan angin ahmar lebih tinggi daripada orang biasa. Mereka perlu mengawal tekanan darah tinggi dan kadar kolesterol dengan berhati-hati,” katanya.

Menurut Prof. Neil, penyakit diabetes merupakan salah satu daripada penyakit yang meningkat secara mendadak di Asia.

Fenomena ini disebabkan oleh banyak faktor termasuk peningkatan kadar obesiti di kalangan penduduk di benua ini.

Walaupun diabetes boleh disebabkan oleh faktor genetik tetapi persekitaran juga adalah antara faktor utama yang menyebabkan diabetes.

“Tidak ada cara yang paling berkesan untuk mencegah diabetes selain mengubah sikap individu itu sendiri. Tabiat makan secara berlebihan dan makanan segera serta kurang melakukan aktiviti fizikal bukan saja menyebabkan obesiti malah boleh mendatangkan risiko berbahaya kepada pesakit diabetes,” katanya.

Menurut pakar perubatan dari Baker Heart Research Institute, Australia, Profesor Colin Johnston, antara faktor utama yang mendorong kepada peningkatan tersebut ialah pengaruh makanan Barat dan tuntutan gaya hidup masyarakat hari ini yang semakin mencabar.

Katanya, para doktor perlu mengawasi pesakit diabetes masing-masing memandangkan kebarangkalian pesakit diabetes menghidap tekanan darah tinggi adalah besar.

“Ia bukan sahaja berbahaya kepada pesakit diabetes tetapi turut membuatkan mereka menjadi lemah atau tidak berdaya.

“Oleh sebab itu, menjadi tanggungjawab doktor untuk merawat tekanan darah tinggi yang dihidapi pesakit dan mengadakan pemeriksaan secara kerap ke atas mereka,” ujarnya.
Tambah beliau lagi, kebanyakan serangan jantung dan angin ahmar yang berlaku ke atas pesakit diabetes boleh dielakkan dengan menjalani pengurusan tekanan darah yang berkesan secara berkala.


Source : http://www.utusan.com.my

Sunazrah Saleh : 017-2503929