Jumaat, 15 April 2011

PMKD = Perut Maju Ke Depan (Buncit)

TERINGAT istilah PMKD (ini bukan istilah perubatan tetapi bagi singkatan ‘Perut Maju Ke Depan’) digunakan peserta kem kesihatan mengusik rakan lelaki berperut buncit.
Perut Buncit Bukan Satu Kebanggaan Petanda Anda Kaya Dengan Duit!
Perut Buncit Bukan Satu Kebanggaan Petanda Anda Kaya Dengan Duit!

Situasi itu dilihat seolah-olah sudah menjadi ‘trend’, terutama bagi lelaki dalam lingkungan umur lewat 30-an atau selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga.
Masalah perut buncit tidak mengira jantina - ia boleh berlaku pada lelaki dan wanita. Bagaimanapun, kebanyakan wanita mempunyai bentuk badan ‘buah pir’ di mana pengumpulan lemak lebih tertumpu pada pinggul dan paha.

Malah, wanita yang lebih sensitif terhadap penampilan akan berusaha mengekalkan bentuk badan. Baik lelaki atau wanita, berperut buncit bukan perkara membanggakan. Namun apabila usia meningkat, usaha mengurangkan lemak di pinggang dan menurunkan berat badan biasanya payah dan mengambil masa lebih lama.

Bagi wanita, pengumpulan lemak pada pinggang biasanya lebih ketara dengan peningkatan usia, terutama selepas menopaus. Selepas menopaus, lokasi pengumpulan lemak berpindah daripada di bawah lengan, paha dan pinggul ke pinggang.

Berita baiknya, tidak kira apa pun bentuk badan, apabila anda bersenam secara teratur dan menjaga pemakanan, bahagian paling cepat susut dan hilang ialah lemak di pinggang. Lemak pada bahagian lain akan menyusul kemudian.

Mengapa perlu hilangkan lemak di pinggang? Lemak di pinggang atau kegemukan sentral (tengah) adalah petanda kurang baik kerana ia boleh menjejaskan kesihatan seseorang.
Lemak ini dipanggil lemak viseral. Cuba cubit lemak di pinggang anda. Lemak yang boleh dipegang ini di namakan lemak subkutaneus iaitu lemak di bawah kulit. Lemak viseral ialah lemak yang kita tidak dapat lihat; yang terkumpul di keliling organ.

Orang gemuk biasanya mempunyai banyak lemak yang mengisi ruang di antara dan mengelilingi organ. Ia perlu ‘dihilangkan’ kerana boleh menjejaskan fungsi organ dan dalam kes serius, ia menyebabkan organ gagal berfungsi.

Lemak viseral ada di lapisan lebih dalam, tetapi ia lebih mudah dibakar berbanding lemak subkutaneus melalui senaman, kata pensyarah pemakanan Universiti Penn State, Dr Penny Kris Etherton.
Lemak viseral dikaitkan dengan masalah kolesterol tinggi, trigliserida tinggi, tekanan darah tinggi dan terlalu banyak insulin. Pakar perubatan juga menggelarnya ‘lemak pembunuh’.
Lemak di pinggang lebih berbahaya berbanding tempat lain. Lemak viseral meningkatkan risiko untuk mendapat:
  • Penyakit jantung
  • Kencing manis
  • Sindrom metabolik
  • Masalah pundi kencing
  • Tekanan darah tinggi
  • Kanser usus
  • Merangsang keradangan
  • Dikaitkan dengan proses pengerasan salur darah (menyebabkan lebih mudah mengalami masalah jantung)
Penyelidik mendapati sel lemak di pinggang adalah sel aktif. Ia boleh menghasilkan hormon dan bahan lain yang boleh menjejaskan kesihatan.Contohnya, ada sel menghasilkan hormon yang merangsang masalah kerintangan terhadap insulin (menyebabkan sel tidak sensitif kepada insulin yang bertugas mengangkut gula dari darah ke dalam sel).

Ada pula sel lemak menghasilkan hormon estrogen yang boleh meningkatkan risiko kanser payudara. Bagaimanapun, penyelidik masih mencari jawapan bagaimana hormon berlebihan ini boleh menjejaskan kesihatan tetapi yang pasti, berlebihan sel lemak di pinggang mengganggu keseimbangan hormon dalam badan.

Mungkin ada yang terfikir untuk menjalani proses sedut lemak. Menurut Perunding Pembedahan Plastik dan Kosmetik Pusat Perubatan Sime Darby, Dr Lim Chai Leng, proses ini hanya untuk membuang lemak subkutaneus di bawah kulit dan bukan lemak viseral. Lemak viseral masih tetap ada dan hanya hilang melalui senaman.

Menurut Perunding Kanan Endokrinologi, Universiti Malaya, Profesor Dr SP Chan, tahap kesihatan seseorang tidak akan berubah dengan pembedahan sedut lemak kerana ia hanya untuk tujuan kosmetik supaya nampak cantik.Untuk meningkatkan tahap kesihatan, seseorang itu perlu bersenam dan menjaga pemakanan, terutama bagi individu yang berisiko tinggi mendapat kencing manis seperti mempunyai ahli keluarga menghidap penyakit berkenaan.

Siapa yang berisiko mengalami masalah ini? Seseorang itu dikatakan mempunyai simpanan lemak viseral jika ukuran pinggangnya melebihi 98 sentimeter (40 inci) bagi lelaki dan 83 sentimeter (33 inci) bagi wanita.Walaupun orang yang gemuk dan obes mempunyai lebih banyak lemak viseral, tidak bermakna individu dengan berat badan normal tidak mengalami masalah ini. Ada ramai orang yang tidak gemuk tetapi berperut buncit.

Kajian menunjukkan lelaki dan wanita berusia 70 tahun ke atas dengan berat badan normal tetapi mempunyai banyak lemak viseral berisiko tinggi mendapat kencing manis.Walaupun kajian itu ke atas warga tua, ia juga boleh dijadikan peringatan kerana kini ramai golongan muda menghidap kencing manis.

Cara terbaik untuk mengurangkan lemak di pinggang ialah:
  • Bersenam - Senaman aerobik seperti berjalan cepat, menari, berjoging, berbasikal, bermain badminton atau berenang boleh membantu membakar lemak di pinggang dengan cepat. Untuk lebih berkesan, lakukan senaman lima kali seminggu dengan sekurang-kurangnya 60 minit setiap sesi.Lebih lama dan bersungguh-sungguh anda bersenam, lebih banyak lemak di pinggang akan hilang. Senaman yang tertumpu pada bahagian tertentu tidak akan membantu. Senaman ini perlu mampu meningkatkan degupan jantung anda.Kajian Pusat Kanser Fred Hutchinson di Seattle menunjukkan wanita gemuk yang bersenam secara teratur boleh mengurangkan antara 3.4 peratus hingga 6.9 peratus lemak viseral (bergantung kepada kelasakan senaman) tanpa mengubah pemakanan mereka dengan penurunan berat badan sebanyak dua kilogram. Lebih cergas senaman dilakukan, lebih banyak lemak viseral dapat dihilangkan.
  • Makan makanan mengandungi banyak serat. Serat bukan saja membuat anda cepat kenyang, tetapi kenyang lebih lama. Ia akan mengurangkan pengambilan makanan berlebihan. Elak makanan ringan dan banyak lemak.
  • Dapatkan tidur secukupnya. Tidur terlalu sedikit (kurang enam jam) atau terlalu banyak (lebih lapan jam) menyebabkan badan menghasilkan berlebihan hormon tekanan, kortisol. Hormon ini merangsang penyimpanan lemak di pinggang.
  • Belajar mengawal tekanan melalui pelbagai pendekatan, termasuk bersenam. Ia dapat mengurangkan penghasilan hormon kortisol yang sekali gus membantu memudahkan anda mengatasi masalah kegemukan secara keseluruhan.

keterangan lanjut mengenai SLIM DIET 2 boleh hubungi:-
TEAM DREAMCHASER II
AZLAN : 012-2228925
SUNAZRAH : 017-2503929

Tragedi sedut lemak

Petikan dari Harian Metro
Pembedahan Sedut Lemak Boleh Membawa PadahKUALA LUMPUR - Entah di mana silapnya, setelah 14 kali menjalani rawatan sedut lemak pada badan, Noraini Mohd. Ghazali, 30, menghembuskan nafas terakhir ketika mahu mendapatkan rawatan susulan di sebuah klinik di Jalan Lima, Ampang

Gambar Hiasan: Pembedahan Sedut Lemak Boleh Membawa Padah
Menurut doktor yang merawatnya, pengarah urusan syarikat membekal peralatan makmal itu telah muntah sebanyak tiga kali sebaik sahaja disuntik ubat pelali dan usaha menyelamatkannya selama 40 minit gagal.
Kakak angkat mangsa, Misha Abu Bakar, 46, berkata, kejadian yang berlaku amat mengejutkan kerana ketika itu dia sedang menunggu di tingkat bawah klinik tersebut.

Menurut Misha, dia berasa pelik kerana perlu menunggu selama hampir empat jam dari pukul 1 tengah hari sedangkan pengalamannya menemani adik angkatnya itu mendapatkan rawatan sebelum ini tidak pernah melebihi satu jam.

“Sekitar pukul 5 petang, saya kemudian melihat beberapa jururawat turun naik dalam keadaan cemas sehinggalah saya mendesak mereka memberitahu apa yang berlaku.”Mereka hanya meminta saya bertenang dengan alasan rawatan masih berjalan sebelum saya diminta naik ke bilik rawatan kerana doktor mahu berjumpa,” katanya

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarham. Kisah ini boleh dijadikan pengajaran kepada kita semua. InsyAllah.


Khamis, 14 April 2011

Kenapa kita perlu kurus ?

1. Kesihatan
Ni laa antara sebab utama..mcm2 penyakit senang kene bile dah gemuk ni..setakat ni, alhamdulillah, sy xde penyakit ape2...hmm, mmglaa sbb muda lagi...kemudian hari kite x tau kan...nanti sy akan wat research risiko penyakit2 obesiti ni...sy akan muatkan dlm blog ni supaye kite beringat...sy paling takot penyakit kencing manis..tak tau laa knp..mungkin sbb pak lang sy telah dipotong kaki nye krn kencing manis..ni yg membuatkan sy fobia...

2. Keyakinan diri
Sy pasti kebykn dr kite mengalami masalah ini..terutame sekali apabila berhadapan dengan orang ramai...perasaan rendah diri, malu utk berhadapan dgn public sbb byk kekurangan fizikal dlm diri kite..betul x?mase zaman persekolahan dulu, sy sgt pasif.pergaulan sy terbatas dgn kwn perempuan jer...kwn2 lelaki sy jarang bertegur sapa, berborak...even dgn cousin sy sendiri yg satu sekolah dgn sy pon sy tak tegur!!!malu menguasai diri sy amat teruk sekali mase zaman persekolahan.sy ingat lg mase form 1, sy diamanahkan oleh cikgu utk membace sajak pada hari kemerdekaan..sy pon sbnrnye berminat nak naik ke pentas berhadapan dgn org ramai sbb sy tak pnh lakukan..mase tuu sy teringin nak wat.tapi sumting bad happen, naik jer pentas, nak bace sajak, suara sy tak keluar!!!kaki menggeletar, sy hilang keyakinan diri oleh kerane ade budak yg sorak "gemuk" by the time sy naik atas pentas...terus sy blank, hilang terus ape yg sy hafal n sy turun pentas trus meluru ke toilet n menanges!!!sedih rasenyeee...tapi, alhamdulillah, self-esteem sy boosted up bile sy ke kelas jati diri mase asasi..ade sorg faci ni suke lecture sy n bg sy semangat..time kelas, die slalu panggil sy utk present or tanye pendapat sy...sikit2 keyakinan diri tuu semakin ade n sy dah tak peduli dah ape yg org kate...ni mmg satu masalah..masalah diri, penyakit diri sendiri...kite kene lawan!!

3. Pergerakan terbatas
seperti sy, sy sbnrnye sgt suka ngan aktiviti2 lasak...panjat gunung, jungle tracking, swim(kalu leh nak merentas benua,hahaha), kayak, panjat batu dan mcm2 laaa...tapi sbb badan sy yg besar ni, sy x mampu nak join aktiviti2 mcmtu..sy teringat mase sy gi kem bina negara kat meru selangor..sy suka sgt aktiviti2 kat situ...flying fox sy naik (leh naik sebab kabel bleh tampung berat maximum 2 tan)...abselling, juggle tracking best juge, sy excited sgt...tp yg sedihnye mase jungle tracking, sy byk kali jatuh..mase tuu masuk group by group..so, pergerakan group agak lambat..sy tahu, sylah punca kami lambat bergerak..rase bersalah sgt2 pd mase tu...papepun yg paling sedih bile pakcik faci tak bg sy masuk dlm paya..katenye takot sy tenggelam sbb paya tuu tanah die lembut...padahal die tak tau sy terer berenang!!huhu..sedih kan?tu laaa...ni laa impian sy lepas sy dah kurus nanti...smue aktivit lasak akan sy join...insyaALLAH...hehe..

4. Susah nak bergaya
ni pon terkilan lak sbb terbatas nak bergaya...baju saiz triple XL tak byk jual kat mall..apetah lagi kat pasar malam atau kedai baju yg murah2...sy beli baju slalunye kat Jusco (Scarlett PLUS) dan kalu mak belanja ade laa gak beli kat Ms Read (clothing size american smue stok besar2 tapi mahal gileeee..)slalu nye jusco laa sbb murah sikit..murah2 pon, sehelai baju minimum RM49.00 baru dpt yg elok sikit..lum lg yg lawa2...kirenye, baju utk org2 gemuk ni smuenye agak mahal laa...wlupun ade gak tempat nak beli, tapi potongan baju nye sy agak tak suke sbb baju utk org2 gemuk ni die pendek and melebar..kirenye kalu pakai nmpak punggung, tak tutup punggung...susah sbenarnye nak cari baju yg sesuai utk sy..lantaran, sy tak suke pakai baju yg ade cutting..so, slalunye sy belasah baju kurung jer...hehehe..kasut pon kedai biase mmg takde size sy..terpakse beli kat kedai american sbb size nye seryes mmg besar n design kasut mmg lawa..dan semestinye mahal..RM100.00 je pon buruk jer design atau design lame..kasut sy jenis Clarks..sy ni kirenye agak mampu laa tp mampu pon sbb parents still support sy lg..sy tak tau laa nanti sy dah bekerje sndiri mcmane..adakah sy mampu utk membeli smua pakaian sy dgn harga berganda??size berganda, haruslah harga nye bergande jugak kan??huhu..ini perlu diubah!!

5. Pandang rendah masyarakat
ni mmg tk leh nak diubah..mmg lumrah manusia memandang rendah pd yg bersaiz XXL ni..terutamenye kaum lelaki..kite tak leh ubah persepsi mereka pade kite.yg kne ubah ialah diri kite sndiri..tak terkire kesah sy diperli, dihina, even oleh kaum keluarga sendiri.dah tak larat nak tanggung pedih hati, jadi sy bernekad utk berubah!!

keterangan lanjut mengenai SLIM DIET 2 boleh call/sms :-
TEAM DREAMCHASER II
AZLAN : 012-2228925
SUNAZRAH : 017-2503929



Rabu, 13 April 2011

Kajian menunjukkan KEGEMUKKAN boleh mengundang BERBAGAI PENYAKIT

“CUBA tengok emak, kakak dan sepupu perempuan yang sudah berkahwin. Kira berapa ramai yang masih mengekalkan bentuk badan seperti ketika bujang. Ramai wanita di negara kita gemuk selepas berkahwin dan melahirkan anak kerana mereka biasanya menjadi orang yang menghabiskan saki baki makanan walaupun sudah kenyang,” kata seorang pakar kardiologi pada sidang kesihatan jantung tidak lama dulu.

Selepas melepasi 35 tahun, usaha untuk menurunkan berat badan biasanya menjadi lebih payah tetapi untuk naik dua atau tiga kilogram dalam sebulan semudah mengelip mata!

Seseorang dikatakan mempunyai berat badan berlebihan apabila kiraan Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 23 kg/m2 (bahagikan berat dalam kilogram dengan ukuran ketinggian dalam meter yang diganda dua). Ada juga pakar kesihatan yang mencadangkan setiap wanita mengekalkan ukuran pinggang supaya lebih kurang sama ketika mereka berusia 20-an.

Selain daripada itu, ramai pakar menyarankan kita mengukur nisbah saiz pinggang ke pinggul, supaya ia tidak melebihi 0.86 bagi wanita dan 0.95 bagi lelaki. Ini bertujuan menggalakkan wanita menumpukan lebih perhatian dan meletakkan keutamaan diri sendiri sebaris dengan suami dan anak-anak, khususnya dalam soal kesihatan.

Mengekalkan berat badan seimbang adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan khususnya bagi golongan pertengahan umur. Kajian menunjukkan bentuk badan buah pir (kegemukan di pinggang) memberi kesan lebih negatif terhadap kesihatan (khususnya penyakit jantung) berbanding bentuk epal (lemak berkumpul di pinggul dan paha).

Namun kini, penyelidik mendapati peningkatan berat badan juga boleh menjejaskan daya ingatan. Dalam kajian Inisiatif Kesihatan Wanita ke atas 9,000 wanita pertengahan umur yang disiarkan dalam Jurnal Persatuan Geriatrik Amerika, mendapati bagi setiap peningkatan satu mata BMI, kiraan markah untuk ujian daya ingatan menurun satu mata.
Maknanya, makin gemuk seseorang wanita itu, lebih tinggi kemungkinannya mengalami masalah daya ingatan.

Menurut Ketua Penyelidik, Sekolah Perubatan Feinberg Universiti Northwestern, Chicago, Dr Diana Kerwin, kajian berkenaan mengukuhkan lagi kepentingan untuk wanita menjaga berat badan. Malah, wanita gemuk tetapi mempunyai tekanan darah dan paras kolesterol normal juga perlu berusaha mengurangkan berat badan mereka; kerana ia akan memberi manfaat kepada kesihatan jantung dan otak.

Kajian dilakukan ke atas wanita berumur antara 65 hingga 79 tahun, 70 peratus daripada mereka alami masalah berat badan berlebihan atau obes tetapi tidak menunjukkan gejala dementia (nyanyuk) atau lain-lain ketidaknormalan pada otak.

Kajian ini juga membuktikan bahawa kegemukan dan obesiti tidak hanya mendekatkan seseorang dengan penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan strok tapi juga meningkatkan risiko nyanyuk.

Kajian lain pula mendapati orang yang alami kegemukan di pinggang terutama wanita mempunyai risiko lebih tinggi mendapat kanser pankreas. Bagi yang sudah alami masalah kegemukan, perlulah mengambil langkah proaktif untuk mengurangkan berat badan secara sihat dengan mendapatkan nasihat doktor, pakar pemakanan dan senaman.

Berat badan kita tidak bertambah semalaman, ia berlaku secara perlahan-lahan dalam tempoh yang lama.

Justeru, pengurangan berat badan juga mestilah dilakukan secara perlahan dan berperingkat. Penggunaan produk untuk mengurangkan berat badan secara drastik dan cepat dikhuatiri boleh membahayakan kesihatan.

Antara punca peningkatan berat badan:
Terlebih makan

Kurang bersenam

Kurang tidur - Jika kita berjaga hingga lewat malam, kita akan lebih cenderung untuk makan dan ini akan meningkatkan pengambilan kalori. Apabila kita tidur lewat, proses biologi badan akan merosot dan hormon yang memberi kesan kepada selera akan mengambil alih menyebabkan anda berasa lebih lapar pada waktu pagi. Hormon ini juga akan membuatkan kita berasa kurang kenyang selepas makan.

Tekanan - Apabila dalam keadaan terlalu tertekan, badan akan berada dalam mod berjuang dengan menghasilkan hormon kortisol (hormon tekanan) yang akan menyebabkan selera makan bertambah. Biasanya dalam keadaan tertekan, kecenderungan untuk makan juga meningkat bagi melegakan fikiran dan perasaan. Ketika inilah kita cenderung memilih makanan yang tinggi kandungan kalori - secara tidak langsung mengukuhkan asas kepada masalah berlebihan berat badan.

Pengambilan ubat antikemurungan - Antara kesan sampingan pengambilan ubat penenang ialah peningkatan berat badan yang berlaku pada kira-kira 25 peratus pengguna terutama jika ia diambil dalam jangka masa panjang. Bincanglah dengan doktor untuk menukar ubat jika anda turut mengalami perkara sama. Ada orang yang berat badannya bertambah sebaik memulakan pengambilan ubat; kerana apabila fikiran tenang, selera makan turut bertambah.

Ubat antikeradangan seperti corticosteroid - Selain mengurangkan atau menghentikan keradangan, ia juga boleh menyebabkan retensi air dan peningkatan selera. Bagaimanapun, kesannya berbeza mengikut pesakit dan dos yang diambil.

Masalah hipotiroidisme - Ia bermakna kelenjar tiroid (terletak di leher) tidak dapat menghasilkan hormon tiroid secukupnya menyebabkan anda cepat berasa letih, lemah, sejuk dan berat badan bertambah. Ketidakcukupan hormon tiroid akan memperlahankan metabolisma, membuatkan berat badan lebih cepat meningkat. Malah berat badan juga boleh bertambah walaupun paras hormon berada pada had terendah dalam julat normal.

Penuaan - Penuaan juga akan memperlahankan metabolisma dan pembakaran kalori mengambil masa yang lebih lama. Apabila usia meningkat kita juga menjadi kurang aktif. Bagi wanita menopaus, pengumpulan lemak biasanya berlaku di pinggang; dan bukannya di pinggul dan paha seperti wanita muda.

Sindrom Polisistik Ovari (PCOS) - Ini adalah masalah hormon yang lazim di kalangan wanita muda. Banyak sista kecil tumbuh pada ovari wanita yang mengalami PCOS dan ia menyebabkan ketidakseimbangan hormon yang turut menjejaskan kitaran haid wanita berkenaan, pertumbuhan bulu roma berlebihan dan jerawat. Wanita PCOS juga mengalami masalah kerintangan insulin (kurang sensitif pada insulin untuk mengangkut gula daripada darah masuk ke dalam sel); mengakibatkan berat badan mereka meningkat.

Berhenti merokok - Nikotin akan menumpulkan selera dan sensitiviti deria rasa pada lidah. Apabila seseorang itu berhenti merokok, keadaan akan kembali normal dan inilah yang menyebabkan selera makan bekas perokok bertambah. Secara purata orang yang berhenti merokok mengalami pertambahan berat antara dua hingga empat kilogram. Bagaimanapun pertambahan berat badan ini boleh dikawal dengan mengawal jumlah makanan yang diambil. Janganlah ada perokok yang menjadikan perkara ini sebagai alasan untuk tidak berhenti merokok kerana di kalangan perokok tegar pun ramai yang gemuk.

Jika anda mengalami masalah berat badan:
Jangan berhenti mengambil ubat tanpa nasihat doktor. Ketahui fungsi dan kepentingan ubat yang anda ambil. Ia mungkin sangat penting untuk kesihatan anda. Biasanya apabila doktor memberikan anda ubat, dia sudah membuat pertimbangan antara manfaat dan kesan sampingan yang mungkin anda hadapi.

Jangan membandingkan diri anda dengan orang lain yang mengambil ubat sama. Setiap orang mempunyai tindak balas berbeza dan bukan semua orang akan mendapat kesan sampingan yang sama. Begitu juga dengan ubat menguruskan badan. Pada A ia mungkin berkesan tetapi tidak semestinya ia akan memberi kesan yang sama pada anda.

Jangan panik jika penambahan berat badan anda disebabkan retensi air kerana ia hanyalah sementara. Kesan ini akan hilang sebaik anda menghabiskan pengambilan ubat berkenaan.

Mulakan program mengawal makan dan bersenam. Ia bukan saja membantu mengatasi masalah anda tetapi akan meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Keterangan lanjut boleh hubungi :-
Team Dreamchaser II
Azlan 012-2228925
Sunazrah 017-2503929

Selasa, 12 April 2011

Budaya Makan Malam PUNCA OBESITI


TENTU ramai bersetuju bahawa orang Malaysia makan mengikut selera. Apa sahaja makanan yang sedap akan diambil tanpa memikirkan kesan pada kesihatan. Malah ramai juga yang berpegang pada falsafah, 'hidup hanya sekali dan makanlah selagi ada selera sebab jika sudah sakit, semuanya tidak boleh dimakan'.

Pepatah 'mencegah lebih baik daripada mengubati' tidak dihiraukan sehingga timbul falsafah baru, 'dulu orang mati tak cukup makan, sekarang mati sebab berlebih makan'.

Makan mengikut selera bukan sahaja boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit malah menjadikan ramai di kalangan rakyat Malaysia gemuk atau obesiti.

Sebab itu tidak menghairankan apabila kajian menunjukkan juah penduduk negara ini yang mengalami obesiti semakin membimbangkan dan menjadi punca masalah kesihatan di Malaysia.

Bukan saja di kalangan orang dewasa, malah lebih teruk menular di kalangan kanak-kanak dan remaja yang rata-rata dilanda masalah kesihatan adalah disebabkan oleh obesiti.

Akibatnya kes-kes penyakit kronik meningkat di kalangan rakyat negara ini.

Salah satu daripada sebab kepada masalah ini ialah kegemaran kanak-kanak, remaja malah dewasa terhadap makanan segera.

Makanan segera seakan-akan telah menjadi budaya dan kebanggaan mereka yang menikmatinya daripada sarapan pagi, makan tengah hari dan malam.

Budaya makan makanan segera yang sebahagian besarnya datang dari negara luar hakikatnya tidak sesuai dengan budaya kita.

Ini kerana makanan segera lazimnya berkalori tinggi yang mungkin menjadi keperluan penduduk negara sejuk tetapi bukan di Malaysia.

Ibu bapa harus memainkan peranan mendidik anak-anak agar tidak bergantung kepada makanan segera.

Nikmati makanan yang dimasak sendiri di rumah kerana kita dapat mengawal kandungan kalori, lemak dan sebagainya di dalam makanan.

Satu lagi punca obesiti tanpa disedari ialah budaya atau tabiat suka makan pada waktu malam.

Restoran dan gerai-gerai yang berselerak di Kuala Lumpur yang dibuka 24 jam membuatkan ramai yang menghabiskan waktu santai mereka makan dan minum sehingga lewat malam.

Memetik kata-kata mantan Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar yang pernah penulis temui tidak lama dulu, banyak negara yang telah dikunjunginya dan puas mengelilingi dunia, tiada negara yang restoran atau gerai makan yang dibuka 24 jam kecuali Malaysia.

Penduduk negara ini memang bertuah kerana boleh makan 24 jam atau lebih tepat jika dikatakan Malaysia sebagai syurga makanan.

Keistimewaan ini juga yang menarik ramai pelancong ke negara ini kerana mereka boleh makan sehingga lewat malam.

Lebih bertuah mereka yang sememangnya tidak boleh tidur malam lantas menghabiskan masa dengan makan-makan di restoran mamak 24 jam atau gerai yang menjual bermacam-macam jenis makanan yang enak.

Tetapi yang buruknya, kadar metabolisme kita rendah pada waktu malam. Ini membuatkan lemak lebih mudah berkumpul. Kebanyakan restoran 24 jam menjual makanan yang tinggi kandungan lemak, kalori dan kolesterol.

Contohnya sekeping roti canai mengandungi 301 kalori, roti telur ( 356 kalori), capati (300 kalori), mi goreng (281 kalori) dan ayam goreng (255 kalori).

Banyak yang harus diubah seperti diet yang tidak seimbang dan tabiat makan pada waktu malam.

Pada masa lalu, kebiasaannya orang makan dua kali sehari, iaitu tengah hari dan malam. Tetapi pada hari ini, kebanyakannya makan lima hingga enam kali sehari termasuk makan lewat malam di kedai Mamak.

Presiden Persatuan Kajian Obesiti Malaysia, Prof. Dr. Mohamad Ismail Noor berkata, gejala obesiti yang tidak dibendung boleh melemahkan struktur masyarakat kerana sebahagian besar generasi muda yang gemuk tidak aktif dan berpenyakit.

Justeru katanya, obesiti mesti ditangani secepat mungkin sebelum semakin ramai rakyat Malaysia mengalaminya.

"Obesiti boleh menyebabkan perubahan dalam sistem enzim dan hormon tubuh dan memberikan kesan negatif pada kesihatan.

"Pelbagai penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, sakit buah pinggang, jantung serta menjejaskan sistem reproduksi berpunca daripada obesiti," katanya.

Statistik menunjukkan obesiti di kalangan orang dewasa negara ini meningkat mendadak kepada 250 peratus pada tempoh 10 tahun lalu daripada 1996.

Sementara itu, juah mereka yang mengalami kegemukan turut bertambah kepada 70 peratus.

Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 2006 pula menunjukkan dua daripada setiap lima orang dewasa atau 43 peratus mengalami sama ada kegemukan atau obesiti.

Lebih membimbangkan juah dewasa obes bertambah lebih tiga kali ganda lebih sedekad lalu, daripada empat peratus pada tahun 1996 kepada 14 peratus pada 2006.

Selain itu, kira-kira 38 peratus daripada remaja yang berumur di antara 12 hingga 18 tahun diklasifikasikan sebagai terlebih berat.

Kajian yang dilakukan baru-baru ini terhadap 10,000 orang pelajar menunjukkan 24 peratus yang berumur di antara enam tahun hingga 12 tahun terlebih gemuk atau obesiti.

Bagi membendung masalah obesiti yang semakin membimbangkan di negara ini, Kementerian Kesihatan akan menempatkan kira-kira 300 pakar pemakanan di klinik kerajaan terpilih secara berperingkat bagi memberi kaunseling mengenai obesiti.

Kerajaan benar-benar memandang serius masalah obesiti di kalangan rakyat dengan menubuhkan Majlis Cegah Obesiti Malaysia (Mcom) baru-baru ini.

Dr. Mohamad berkata, masalah obesiti di Malaysia berada pada tahap membimbangkan bagi semua peringkat umur.

Terdapat dua punca utama yang dikesan menyebabkan kepada masalah obesiti, iaitu makan berlebihan dan kurang bersenam.

Terdapat juga kes kegemukan yang disebabkan oleh kes keadaan kesihatan seperti masalah endokrin dan pengambilan ubat-ubatan atau dadah tertentu.

''Kajian yang dilakukan mendapati masyarakat kita tidak suka bersenam kerana menganggap senaman tidak penting dan tidak ada alasan untuk mereka bersenam.

''Banyak faedahnya bersenam kerana badan akan menjadi sihat dan kuat serta menjauhkan daripada pelbagai penyakit.

"Dengan bersenam, kita dapat membina kekuatan otot, meningkatkan keupayaan badan mengawal paras glukosa darah, membantu mengawal lipid darah yang tidak normal, menguatkan tulang dan melambatkan proses osteoporosis.

''Selain itu, tidak banyak tempat untuk beriadah, kes ragut, rogol, bunuh dan sebagainya menghalang orang untuk keluar bersenam lebih-lebih lagi selepas Subuh di mana sekeliling masih gelap.

''Tidak ramai yang mampu untuk ke kelab kesihatan atau membeli peralatan untuk diletakkan di rumah.

"Sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dilakukan di rumah bagi mengeluarkan peluh seperti menari, mengemas rumah, berkebun dan mencuci kereta. Aktiviti seperti ini juga dapat membantu menguatkan otot-otot.

''Kerajaan mempunyai banyak perancangan untuk memberikan kemudahan kepada masyarakat seperti menyediakan lebih banyak tempat beriadah tetapi amat sukar untuk melaksanakan kerana kekurangan peruntukan.

''Sebenarnya banyak cara untuk bersenam. Berjalan kaki juga salah satu daripada jenis senaman.

"Tetapi orang kita terlalu bergantung kepada kereta, hendak pergi kedai yang dekat pun hendak naik kereta. Hendak pergi tingkat satu pun nak naik lif. Mereka tidak mahu naik tangga sedangkan itu adalah senaman yang baik, mudah dan ringkas ,'' ujar Prof Mohamad Ismail lagi.

Beliau menambah, setiap orang harus mengubah cara pemikiran mereka mengenai obesiti.

Ramai yang memandang remeh dan tidak takut pada obesiti kerana pada mereka obesiti tidak membunuh. Tetapi H1n1 membunuh dan mereka amat takut kepada penyakit-penyakit seperti ini.

Bagaimanapun katanya, jika seseorang itu telah obesiti maka ia akan selama-lamanya begitu. Banyak kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat dan Eropah mengenai obesiti namun tidak banyak yang boleh dilakukan untuk menanganinya.

Keterangan lanjut boleh hubungi :-
Team Dreamchaser II
AZLAN 012-2228925
SUNAZRAH 017-2503929

Isnin, 11 April 2011

10 Punca Gemuk

 

10 Punca Gemuk

RAMAI yang mengadu bahawa mereka tidak berjaya mendapat berat badan yang diidam-idamkan.Ada yang nak langsing, tapi tak boleh-boleh juga langsing, badan tetap berisi, berat tetap tak mahu turun-turun. Kita akan berkongsi petua tentang 10 sebab mengapa badan boleh jadi gemuk. Kenapa berat anda tidak mahu turun...

1. TENAGA YANG TIDAK SEIMBANG DI DALAM BADAN
Untuk memastikan bahawa berat anda berada pada BMI atau berat normal yang ideal, anda perlu memastikan bahawa nilai tenaga yang ada di dalam tubuh anda berada pada kadar yang normal dan seimbang.

Seimbang ini bermakna nilai kalori dan tenaga yang anda perolehi mestilah berada pada kadar yang sama dengan jumlah tenaga yang anda keluarkan.

Tenaga atau kalori akan diperoleh melalui pemakanan manakala ianya akan dikeluarkan melalui aktiviti-aktiviti, senaman dan sebagainya.

Justeru, pastikan bahawa anda sentiasa menyeimbangkan nilai kalori dan tenaga yang ada di dalam tubuh anda.

Banyakkan aktiviti riadah, kurangkanlah pengambilan kalori.

2. GAYA HIDUP YANG KURANG AKTIF
Ini ramai yang buat. Ramai di kalangan kita yang sering mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Ringkasnya, gaya hidup yang tak aktif.

Mengikut kajian, dengan menonton televisyen atau berada di hadapan komputer selama dua jam sehari secara berterusan, boleh dikaitkan dengan risiko penambahan berat badan!

Betul, kita tak boleh nak elakkan hal ni. "Dah aku kerja memang menghadap komputer, nak buat macamana?" Ya, sebab itu gaya hidup ini juga memainkan peranan yang cukup besar sekali dalam menentukan berat badan anda.

Kalau kita lihat juga dengan pembangunan ekonomi negara kita dan dunialah secara amnya, kita memang tidak boleh nak menyangkal bahawa dunia semakin mengorak ke depan dan maju. Gaya hidup pun dah semakin jauh berubah.

Kalau dulu, datuk dan nenek kita mampu berjalan beratus-ratus meter untuk ke kebun, kita hari ni bagaimana pula? Ke kedai nak beli surat khabar pun naik kereta. Itulah dunia.

3. GENETIK DAN FAKTOR KELUARGA
Yang ini semua tak boleh nak elak. "Dah emak saya badan besar, dah bapa saya gemuk, nak buat macam mana? Kena terimalah. Redha sajalah apa yang ada" Tapi, ingat.. anda juga perlu berusaha!!

Ya, kebarangkalian untuk anda menjadi gemuk adalah jauh lebih tinggi jika kedua ibu bapa anda turut gemuk.

Hasil kajian mendapati genetik juga mempengaruhi kadar pembetukan lemak di dalam tubuh anda. Ia juga mempengaruhi di mana dan bagaimana lemak-lemak itu bakal terkumpul di dalam anggota tubuh. Semua ini bergantung pada faktor keluarga dan genetik.

4. FAKTOR KESIHATAN
Beberapa jenis penyakit juga dikaitkan dengan faktor kegemukan. Antaranya ialah hypothyroidism (kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh), cushing syndrome dan polycstic ovarian syndrome.

Kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh akan merendahkan kadar metabolisme di dalam badan. Ini akan mengurangkan lagi nilai-nilai tenaga yang akan dikeluarkan, dan secara langsung akan meningkatkan berat badan anda.

5. UBAT-UBATAN
Ubat yang anda gunakan juga boleh mempengaruhi akan berat badan seperti antidepresi, corticosteroid dan sebagainya. Sesetengah ubat yang diambil boleh merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh kita.

Ada juga yang secara tidak langsung mampu meningkatkan selera makan dan meningkatkan pengumpulan jumlah air di dalam tubuh.

6. FAKTOR EMOSI
Emosi juga memainkan peranan. Bila emosi kita terganggu, biasanya keseluruhan hidup kita juga akan terganggu,benar bukan?

Bila anda tertekan, marah, stress, boring dan sebagainya, ini secara langsung akan mempengaruhi kadar pemakanan anda.

Ramai orang yang sedang berada di dalam keadaan ini akan mengambil lebih makanan untuk cuba meredakan tekanan hidup, untuk menghilangkan stres mereka ketika itu.

7. MEROKOK
Ya, ini untuk mereka yang merokok. Boleh juga dikatakan berita gembira buat mereka semua.

Mengikut kajian, merokok ini dapat mengurangkan berat badan seseorang. Ini kerana nikotin yang terkandung di dalam rokok itu dapat meningkatkan lagi kadar pembakaran kalori di dalam tubuh.

Ha, sebab itulah kita selalu lihat ramai kawan-kawan kita yang berhenti merokok ni banyak selera makan. Sebab apa, ya? Ini kerana apabila mereka berhenti merokok, badan mereka akan membakar kalori dengan kadar yang lebih rendah, lebih lambat berbanding sebelumnya. Lemak-lemak pun lebih lambat untuk dibakar.

Kalau semasa dulu mereka merokok, ada nikotin untuk meningkatkan pembakaran kalori, sekarang sudah tidak ada lagi. Kalau dulu nikotin boleh membantu untuk jadi kurus, sekarang telah tiada.

Jadi, sebab itulah mereka lebih gemuk selepas berhenti merokok, kerana mereka membakar nilai kalori lebih rendah setelah berhenti merokok.

Walau bagaimanapun, merokok merupakan salah satu tabiat yang amat berbahaya di dalam kesihatan dan kehidupan kita. Berhentilah merokok, kerana merokok itu lebih berbahaya jika dibandingkan dengan risiko penambahan berat badan.

Dengan merokok, anda akan meningkatkan kebarangkalian yang lebih berganda-ganda untuk mendapat pelbagai jenis penyakit dan kanser. Sebut apa sahaja kanser dan penyakit di dunia, hampir keseluruhan risikonya ada kaitan dengan merokok.

Maka, berhentilah merokok.

8. UMUR
Bila anda semakin berusia, anda akan mula kehilangan nilai dan kuantiti otot-otot anda, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang aktif. Kekurangan otot-otot secara tidak langsung akan merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh dan seterusnya meningkatkan lagi risiko penambahan berat badan.

Justeru, jika anda gagal untuk menurunkan nilai kalori yang ada di dalam tubuh anda, anda adalah lebih berisiko untuk mendapat kegemukan.

9. MENGANDUNG (HAMIL)
Mengandung juga mempengaruhi kadar kegemukan anda. Ketika wanita hamil, mereka memerlukan lebih tenaga dan kalori untuk turut sama diperolehi anak mereka di dalam kandungan.

Ramai wanita-wanita yang mengadu bahawa mereka sukar untuk mengembalikan berat badan mereka yang ideal selepas melahirkan anak.

10. KURANG TIDUR
Ya, kurang tidur pun adalah satu punca bagi masalah kegemukan. Apabila anda kurang tidur, anda turut mengalami risiko pertambahan berat badan.

Hormon yang dikeluarkan oleh tubuh semasa anda tidur akan mengawal kadar selera makan anda, juga akan mengawal kadar penggunaan tenaga yang ada di dalam tubuh anda.

Contohnya, hormon insulin akan mengawal kandungan gula di dalam tubuh anda ketika anda tidur. Justeru, apabila anda kurang mendapat tidur, jangan terkejut jika nilai kandungan tenaga dan gula yang ada di dalam tubuh anda berada hampir sama dengan penghidap penyakit diabetes.

Apabila anda mendapat kurang tidur secara berterusan, anda juga akan memiliki sejenis hormon yang tinggi di dalam badan yang dipanggil sebagai ghrelin. Hormon ghrelin ini merupakan hormon yang bertanggungjawab untuk meningkatkan kadar selera makan anda.

Pada masa yang sama, apabila kurang tidur, anda juga akan memiliki kandungan hormon leptin yang rendah di dalam tubuh. Hormon leptin ini bertanggungjawab untuk menahan selera makan anda. Apabila kandungan hormon leptin ini rendah, selera makan anda akan bertambah!

Sekarang semuanya bergantung pada diri anda. Anda yang berhak untuk menentukan berat anda. Kalau mahu terus dengan berat anda sekarang, maka kekalkanlah.

Bagi yang mahu berubah, maka berubahlah. Setiap daripada kita punyai impian, ada harapan dan cita-cita masing-masing. Semoga semuanya akan tercapai.


Jom DIET SIHAT dengan SLIM DIET 2!!!!!

keterangan lanjut boleh hubungi :-
Team Dreamchaser II
AZLAN 012-2228925
SUNAZRAH 017-2503929

SLIM DIET 2 DIET PANTAS DAN KEKAL





Diet pantas dan kekal,
Memperkenalkan kepada anda diet hebat,lebih pantas dan paling berjaya di dunia iaitu Slim Diet 2 diet ketogenic atau lebih dikenali Protein Sparing Modifed fast.
Semenjak tahun 1970an lagi diet ini kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.
Melalui low-fat diet dan exercise, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka menghadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Sama seperti yang program diet atau slim yang berleluasa sekarang diet counting calorie, pergi ke pusat slim, sedut lemak, treatment dan sebagainya.
Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakkan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.
Kajian mengenai low carbohydrate diet mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.
Ada yang sudah ketahui diet atkins atau diet dukan iaitu dengan mengurangkan dan menghadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahanapi. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut. Tapi diet seperti ini jika tidak mengambil makanan yang betul dan brkhasiat mungkin akan menjejaskan kesihatan anda.
Slim Diet 2 adalah suatu konsep selamat yang telah dibangunkan oleh dua doktor di Harvard Medical School melalui kajian yang terperinci oleh Dr George Cahill dan Dr George Blackburn.
Slim Diet 2 adalah satu produk penurunan berat badan yang berasaskan soya protein isolote yang terpilih dan bergred tinggi, serat soya, diperkayakan dgn asid amino, vitamin A,B,C,D,E dan mineral. Slim Diet 2 juga bukanlah ‘meal replacement’ dimana kita perlu berlapar tetapi ia adalah ‘meal supplement’ dimana anda perlu makan tanpa meninggalkan rutin harian anda. Oleh itu, semasa kita melalui program ini, kita tidak akan merasa letih dan kelihatan lesu seterusnya ia akan memberi kita tenaga walaupun proses pembakaran lemak terjadi. Dengan Slim Diet 2 anda boleh menurunkan berat badan secara sihat semulajadi, pantas serta berkesan.

Ahad, 10 April 2011

DIET SIHAT TANPA PERLU BERLAPAR

 
SD2 membantu anda mendapatkan berat badan yang ideal dengan mengamalkan konsep diet yang sihat TANPA BERLAPAR dan sekaligus menghilangkan lemak badan berlebihan pada tubuh anda. SD2 juga membantu anda untuk mengekalkan bentuk tubuh badan yang menarik dan menawan.

Keterangan lanjut boleh hubungi :-
Azlan : 012-2228925
Sunazrah : 017-2503929

Jumaat, 8 April 2011

Adakah anda mengambil pil perancang semasa berdiet ?

Sebenarnya tidak ada kajian yang mendalam pernah dibuat tentang kesan ubat pil perancang keatas mana-mana program penurunan berat badan termasuk SD2. Namun begitu, oleh kerana kebanyakan pil perancang selalunya mengandungi estrogen, maka ini sudah pasti akan mengganggu penurunan berat anda apabila menjalani program diet SD2. Sila baca penulisan saya sebelum ini tentang ubat-ubatan yang menghalang penurunan berat badan.

Estrogen akan menyebabkan lebih banyak lemak tersimpan didalam tisu badan anda daripada ia dibakar sebagai tenaga. Ianya menyebabkan rintangan insulin dan inilah punca yang menyebabkan anda susah untuk menurunkan berat badan. Estrogen juga merendahkan fungsi tiroid anda, yang memang diperlukan untuk mengekalkan tahap metabolism yang sihat untuk pembakaran lemak. Sekiranya anda tiada pilihan lain selain dari memakan pil perancang, anda perlu sedar dan bersedia bahawa pembakaran lemak anda lebih perlahan dan anda perlu lebih teliti dan mengurangkan lagi jumlah pemakanan karbohidrat anda (<20 gram sehari) supaya badan anda dapat membakar lemak.

Carilah alternatif lain untuk merancang keluarga sekiranya anda perlu menurunkan berat badan.

Keterangan lanjut boleh hubungi :-
Team Dreamchaser II
AZLAN : 012-2228925
SUNAZRAH : 017-2503929

Tip mengatasi masalah PERUT BUNCIT

 Aduh!! Perut sudah buncit. Itulah…dulu tak jaga betul2. Sekarang menyesal tak sudah. Iyalah..orang lain pakai baju apa saja pun serba kena, tapi kita pakai baju macam mana pun serba tak kena. Kecuali T-Shirt labuh atau apa saja pakaian yg bersaiz XL atau lebih teruk XXL. Kalau pakai jeans pun tak muat! Selalu sendat di perut sehingga nampak menggelembung. Sebenarnya perut buncit dialami oleh banyak orang disebabkan faktor diet yg tidak betul dan juga gaya hidup. Jangan risau. Anda bukan keseorangan mengalami masalah ini. Di sini ada cara untuk mengatasi atau mengurangkannya. Tips berikut sangat sesuai bagi sesiapa yg merasakan dirinya boroi!

Minum Banyak Air
Jika perut penuh disebabkan oleh penyimpanan air, anda sebenarnya dapat mengurangi masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium/garam dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air yang dikeluarkan dari sistem tubuh. Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan bahan toksin. Jangan kurangkan pengambilan air ketika berdiet, kerana banyak bahan yang sukar dicernakan dan akan menyebabkan perut menggelembung.

Mengurang Pengambilan Garam
Jangan makan gelojoh, kerana ketika anda menelan terlalu cepat, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut. Duduk ketika makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Makanan yang t ida k terkunyah menjadi bahagian-bahagian kecil t ida k dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan penggelembungan

Makan perlahan-lahan
Terlalu banyak garam dalam diet menambah lebih sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambatkan mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung.

Pengambilan Serat
Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam buah-buahan seperti epal dan pear yang memiliki banyak kandungan air.

Awasi Ubat-Ubatan
Perut yang mengembang adalah kesan sampingan dari pengambilan ubat. Aspirin kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang mengakibatkan sembelit dan penggelembungan, termasuk pil kontrasepsi.

Hindari Sembelit
Sembelit didefinisikan sebagai memiliki lebih sedikit dari tiga kali buang air besar dalam seminggu atau jika terlibat ketegangan. Akibatnya perut terasa bertambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan dan sayuran, amalkan secara berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang berlebihan.

Bersenam
Olahraga atau bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk aliran darah di mana akan dikeluarkan sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai urin. Senaman yang disarankan seperti aerobik.

Keterangan lanjut mengenai SLIM DIET 2 boleh call/sms :-
Team Dreamchaser II
AZLAN : 012-2228925
SUNAZRAH : 017-2503929