Apakah yang perlu saya tahu mengenai kanser payudara?
- Ia adalah kanser yang kerap dikesan dikalangan wanita.
- Ia adalah faktor utama kematian akibat kanser dikalangan wanita.
- Ia adalah penyebab utama kematian awal.
- 9% dari keseluruhan kanser di dunia.
- 6 - 8% keseluruhan kematian kanser.
Ya.
Di Malaysia, dianggarkan 27 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser payudara berbanding 18 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser pangkal rahim (penyebab kedua kanser yang sering berlaku dikalangan wanita).
Dalam setahun dianggarkan seramai 2,700 - 3,000 kes baru didiagnosakan sebagai kanser payudara.
Adakah terdapat sebarang tanda amaran?
Ya. Jika anda mengalami keadaan-keadaan seperti berikut, sila berjumpa doktor atau pergi ke klinik kesihatan yang berhampiran.
- Ketulan yang tidak sakit
- Di payudara atau ketiak
- Ruam yang berterusan
- Sekeliling puting
- Perdarahan atau lelehan luarbiasa dari puting.
- Perubahan pada kulit
- Bengkak dan menebal
- Berlubang
- Permukaan kulit yang berkedut
- Puting tertarik ke dalam
Kebanyakan ketulan payudara dikesan oleh wanita itu sendiri.
- Periksa payudara anda dengan kerap melalui Pemeriksaan Sendiri Payudara (
PSP ). - Melalui pemeriksaan berkala anda dapat mengesan walaupun satu ketul yang kecil.
Ia merangkumi 5 langkah
Langkah 1 - Berdiri di hadapan cermin dan lihat sebarang perubahan pada payudara. | |
Langkah 2 - Rasa sebarang perubahan secara berbaring. | |
Langkah 3 - Periksa puting untuk sebarang perdarahan atau lelehan. | |
Langkah 4 - Rasa sebarang ketulan di bawah ketiak. | |
Langkah 5 - Ulangi setiap langkah di atas untuk payudara sebelah lagi. |
Berapa kerap seharusnya saya melakukan PSP?
- PSP seharusnya dibuat sebulan sekali (untuk mereka yang masih mempunyai haid). Waktu yang sesuai ialah 7 - 10 hari selepas haid.
- Untuk wanita yang telah putus haid, ambil satu tarikh yang mudah diingati dan lakukan setiap bulan sama ada hari pertama atau terakhir bulan tersebut.
Sekiranya anda dapat mengesan sebarang tanda seperti yang dinyatakan sebelum ini, sila rujuk doktor anda.
Jangan takut, tidak semua ketumbuhan di payudara adalah kanser.
Contohnya : 'Fibroadenoma'.
Fibroadenoma :
Ia biasanya berlaku dikalangan wanita yang muda, tidak menyakitkan dan 'mobile'.
Apakah ujian-ujian yang disediakan untuk mengesahkan kanser payudara?
Berikut adalah ujian yang dijalankan jika disyaki kanser :
- Ujian darah
- Fine Needle Aspiration Biopsy (FNAB)
- Core needle biopsy
- Ultrasound
- Mammography
Apakah itu 'FNAB'?
Adalah ujian yang dijalankan dengan pengambilan sampel ketulan yang disyaki dengan menggunakan picagari dan jarum yang halus dengan menggunakan teknik steril.
Sampel yang diambil akan dihantar ke makmal untuk dikaji oleh pakar.
Apakah itu 'Mammogram'?
'Mammogram' adalah salah satu ujian yang dijalankan untuk mengesan perubahan pada tisu payudara dengan menggunakan mesin x-ray yang direka khas.
Ia dilakukan dengan menekan payudara diantara dua kepingan logam. Ia mungkin menyebabkan ketidakselesaan/kesakitan untuk beberapa ketika. Ia boleh mengukur saiz dan penyebaran kanser di payudara dan mengesan kanser pada payudara sebelah lagi.
Apakah itu 'Core Needle Biopsy'?
Ia adalah satu ujian dimana sampel tisu payudara diambil menggunakan jarum yang lebih besar saiznya. Sampel itu akan dihantar ke makmal untuk kajian.
Perlukah saya berjumpa doktor jika saya tidak mengesan sebarang keadaan luarbiasa?
Apakah itu 'Clinical Breast Examination (CBE)'?
Ini adalah pemeriksaan yang dibuat oleh doktor atau anggota kesihatan yang terlatih untuk memeriksa payudara anda.
Apakah rawatan kanser payudara yang disediakan?
Rawatan yang diberi bergantung kepada jenis dan keterukan kanser.
Sekiranya anda di diagnosakan mengidap kanser payudara, anda perlu mendapatkan khidmat kaunseling terlebih dahulu sebelum rawatan dimulakan.
Kajian menunjukkan bahawa jika kaunseling, sokongan dan maklumat mengenai penyakit dan rawatan yang dijalankan diberi, ia akan membantu pemulihan dari segi fizikal dan emosi.
Berikut adalah pilihan rawatan:
- Pembedahan
- pembedahan tanpa membuang payudara (Breast Conservation Surgery)
- pembuangan payudara (Mastectomy)
- pembentukan semula payudara (Breast Reconstruction)
- Radiotherapy
- Chemotherapy
- Hormone therapy
Apakah yang perlu saya lakukan untuk mengurangkan risiko kanser payudara?
- Mulakan PSP hari ini.
- Buat PSP secara berkala
- Makan makanan kurang berlemak khususnya lemak haiwan
- Lebihkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan serat.
- Lakukan senaman yang mencukupi
- Kekalkan berat badan yang unggul.
- Sekiranya keluarga terdekat anda ada kanser payudara, lakukan ujian 'mammogram' awal.
Siapakah yang berkemungkinan mendapat kanser payudara?
Kanser payudara biasa berlaku dikalangan wanita. Walau bagaimanapun lebih kurang 5% berlaku dikalangan lelaki. Berikut adalah wanita yang berisiko tinggi untuk mendapat kanser payudara :
- Selepas berumur 25 tahun dan selalunya berlaku semasa berumur diantara 45 – 55 tahun.;
- Pernah mengidap kanser di sebelah payudara;
- Keluarga terdekat sama ada ibu atau adik-beradik perempuan yang mengidap kanser payudara;
- Tidak pernah mengandung atau mendapat anak pertama selepas berumur 30 tahun;
- Mula haid awal atau putus haid lewat;
- Ada penyakit tertentu berkaitan payudara. (seperti 'proliferative breast disease');
- Faktor keturunan (seperti pembawa 'BRCA1, BRCA2, BRCA3');
- Gemuk (IJB anda ≥ 27.5)
- Mengambil makanan yang tinggi kandungan lemak/kolesterol.
Dimanakah saya boleh mendapatkan sokongan atau bantuan?
Jangan risau. Anda tidak bersendirian. Terdapat ramai individu atau kumpulan sokongan yang sedia membantu anda. Anda boleh berhubung dengan pertubuhan berikut :
- MAKNA
- AWAM
- WAO
- Hospis
Apakah yang perlu saya lakukan jika keluarga ada sejarah kanser payudara?
Jangan risau. Sekiranya anda sudah melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP), teruskan seperti biasa. Amalkan cara hidup sihat, makan secara sihat dan teruskan bersenam.
Sekiranya ibu atau adik-beradik perempuan menghidap kanser payudara, anda boleh meminta untuk menjalani ujian 'mammogram'. Walau bagaimanapun, keputusan laporan adalah lebih tepat jika anda berumur 40 tahun ke atas.
Bolehkah saya mendapatkan terapi tambahan atau tambahan rawatan lain untuk kanser payudara?
- Ubat tambahan atau pilihan rawatan lain digunakan dengan meluas di seluruh dunia oleh pesakit kanser payudara.
- Kajian menunjukkan bahawa 1/3 pesakit kanser payudara menggunakan terapi berikut.
- Terapi ubat tambahan berguna dalam mengurangkan gejala dan meningkatkan kualiti hidup
- Walau bagaimanapun pilihan rawatan lain boleh mengganggu sistem tubuh badan atau secara tidak langsung menyebabkan masalah yang lebih serius.
- Urutan
- Cara relaxasi
Ujian baka adalah ujian darah untuk menentukan sekiranya anda mempunyai baka kanser payudara .
Sebelum anda menjalani ujian tersebut, anda perlu :
- Hadir sesi kaunseling 'genetik' yang intensif.;
- Menandatangani borang persetujuan untuk setiap ujian 'genetik';
- Melakarkan carta salasilah keluarga
Terdapat 2 baka yang berkaitan dengan kejadian kanser payudara.
- BRCA1
- BRCA2
Di Malaysia, ujian ini terdapat di beberapa Institusi dan Universiti sahaja.
Disini kami ingin perkenalkan susu ALPHA LIPID sebagai supplement anda..
Keterangan lanjut boleh hubungi :-
TEAM DREAMCHASER II
AZLAN AZMAN = 012-2228925
SUNAZRAH SALEH = 017-2503929
Tiada ulasan:
Catat Ulasan