oleh Dreamchaser II pada pada 30hb Januari 2011 pukul 12.24 ptg
Penyakit lemah Jantung
Lemah jantung adalah satu keadaan yang kompleks. Ia disebabkan oleh mempengaruhi keupayaan jantung untuk mengepam darah yang secukupnya untuk memenuhi keperluan badan. Kadar kejadian meningkat seiring dengan peningkatan umur.
Sebab-sebab lemah jantung:
- Penyakit jantung koronari
- Tekanan darah tinggi
- Masalah injap jantung
- Kadar denyutan jantung yang luar biasa
- Penyakit otot jantung (cardiomyopathies)
- Diabetes
- Penyakit jantung akibat alkohol
- Penyakit Kelenjar Tiroid
- Letih
- Sesak nafas
- Aktiviti fizikal yang terhad
- Bengkak Kaki
- Aktiviti harian yang terhad
- Kekerapan memasuki hospital
- Kadar kematian yang tinggi (10-50%) bergantung kepada keterukan penyakit
Rawatan
Bukan farmakologi (bukan secara ubat-ubatan)
- Pengambilan air dan garam secara terhad
- Senaman berkala mengikut kemampuan
- Berhenti merokok dan berhenti mengambil alkohol
- Terdapat ubat untuk mengurangkan simptom dan memberi peluang untuk hidup
- Memberi rawatan yang optima untuk mengawal penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan kadar denyutan jantung yang luar biasa
- Adalah sangat penting untuk mengambil ubat secara tetap/teratur seperti yang dinasihatkan oleh doktor
- Cara Hidup Sihat:
- Senaman (mengikut kemampuan-sila dapatkan nasihat daripada doktor)
- Pemakanan sihat dan seimbang
- Tidak merokok
- Tidak minum minuman beralkohol
- Mendapatkan rawatan awal dan kawalan ketat terhadap penyakit darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes, penyakit jantung koronari dan denyutan jantung yang luar biasa
Dan kebanyakan orang yang melakukan diet rendah karbohidrat akan menghadapi penurunan kandungan triglycerides (sejenis lemak didalam darah) yang cepat. Jika kita menjalani diet rendah lemak atau low fat sahaja (selalunya masih mengambil karbohidrat yang tinggi) maka ini tidak sangat membantu kerana kandungan triglycerides akan meningkat dan HDL akan menurun dan ini adalah berlawanan dari apa yang kita perlukan.
Banyak kajian telah menunjukkan bahawa apabila kita mengalami keadaan triglycerides yang tinggi dan HDL yang rendah adalah petunjuk yang pasti yang kita akan menghadapi penyakit jantung dan stroke. Kajian juga telah menunjukkan diet rendah karbohidrat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan