Memaparkan catatan dengan label Berita KOSMO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita KOSMO. Papar semua catatan

Isnin, 25 April 2011

Pitam mandi Sauna

MANDI sauna boleh membantu membakar sehingga 3,000 kalori dalam satu-satu masa.


SAUNA mungkin menjadi tarikan utama pengunjung di hotel, spa atau pusat kesihatan yang dahagakan sensasi kenikmatan bersifat menenang dan mendamaikan jiwa.

Ada yang menjadikan sauna sebagai lokasi rawatan alternatif untuk mengurangkan berat badan.
Menurut kajian yang dijalankan oleh badan ketenteraan Amerika Syarikat (AS), sebanyak 3,000 kalori dibakar dalam badan setiap kali sesi mandian sauna.

Secara saintifiknya, hasil rembesan hormon endorfin daripada kelenjar peluh mampu menyingkirkan toksin yang tidak diperlukan oleh badan menerusi liang-liang peluh.

Manfaat lain yang diperoleh antaranya mampu meningkatkan keupayaan buah pinggang agar berfungsi lebih baik serta meningkatkan peredaran dan tekanan darah dalam badan.

Malah, kulit lebih segar hasil daripada wap air dari bilik sauna manakala otot menjadi kendur usai menikmati aktiviti tersebut.

Menurut kajian oleh sepasukan pakar dari Jerman, mandian sauna meletakkan diri seseorang dalam keadaan ‘sakit.’

Hal ini bertujuan untuk menstimulasi sistem pertahanan badan dan akan menjadikan tubuh pengguna yang kerap bersauna agar lebih berdaya tahan menentang penyakit.

Namun, tanpa disedari mandian sauna juga mempunyai kesan sampingan yang tersendiri sama ada dari sudut dalaman badan mahupun luaran.

Hakikatnya, suhu bilik sauna sebenarnya boleh mencecah sehingga 100 darjah selsius dan kesannya akan mengakibatkan suhu kulit meningkat sehingga 40 darjah selsius.

Mekanisme badan bertindak balas dengan berpeluh secara cepat dan banyak manakala jantung berdegup semakin laju.

Pakar Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr. Haizal Haron Kamar berkata, peningkatan kadar denyutan jantung yang melampau boleh mengakibatkan bahana kepada pesakit yang tidak biasa dengan mandian sauna.

Jelasnya ketika dihubungi Jurnal baru-baru ini, suhu tinggi akan menyebabkan pembuluh darah di bawah permukaan kulit membesar dan tekanan darah akan menurun secara mendadak.

Fenomena ini menyebabkan jumlah kandungan air berkurang akibat perpeluhan melampau. Pada satu peringkat, seseorang itu akan mengalami tekanan darah terlalu rendah sehingga menyebabkan pening dan pitam.

“Elak mandian sauna jika ada penyakit jantung koronari, penyakit lemah jantung dan injap jantung sempit,” nasihatnya.

Tambah Haizal lagi, simptom awal seperti kulit kelihatan kemerahan merupakan petanda pengaliran darah dalam badan berkurangan.

“Ini kerana pengaliran darah di kulit meningkat sebanyak 70 peratus daripada jumlah pengeluaran darah jantung,” ujarnya yang menyarankan individu penghidap komplikasi jantung berbincang dengan pakar sebelum bersauna.

Menurut pakar perunding masalah kulit dan dermatologi Pusat Perubatan Pantai, Dr. Steven Chow pula, pengguna sauna yang mempunyai masalah kulit perlu mengelak daripada menggunakan kemudahan sauna.
Radang

“Kulit manusia tidak mempunyai kefungsian suhu dan perpeluhan yang normal, akibatnya tindak balas individu akan berbeza-beza,” katanya yang menyatakan pesakit masalah kulit akan mengalami sensasi seumpama terbakar apabila bersauna.

Kulit juga akan menjadi kekeringan, menggelupas dan kurang selesa kepada persekitaran biasa selepas aktiviti bersauna.

“Apabila suhu persekitaran badan meningkat, badan kita perlu menambahkan jumlah tenaga haba untuk dikeluarkan melalui pertambahan jumlah peredaran darah ke permukaan kulit badan,” jelasnya mengenai proses peningkatan peluh bertujuan menyejukkan badan.

Saranan Steven, pesakit yang mempunyai masalah kulit perlu memakai krim yang mempunyai kesan melembapkan bagi mengelak kerengsaan ketika bersauna.

Selain itu tegasnya, individu yang mempunyai masalah sama juga digalakkan agar mencari jalan alternatif lain untuk bersantai bagi tujuan terapi fizikal.

Pakar Seksual Lelaki, Wanita dan Reproduktif, Dr. Ismail Thamby mengakui mandian sauna berupaya melancarkan perjalanan darah di samping menyegarkan badan.
Kesuburan

Bagaimanapun katanya yang dihubungi Jurnal baru-baru ini, tahap kepanasan yang melebihi paras tertentu berupaya menjejaskan kualiti kesuburan lelaki.

“Jika tahap kepanasan melebihi 35° Celsius, kilang sperma tergendala dan pemprosesan sperma juga akan turut tergendala.

“Kesannya, sperma yang aktif menjadi kurang akibat terdedah kepada kepanasan yang terlampau,” ujarnya.
Saranan Ismail, lelaki yang mempunyai masalah sperma dari segi kualiti dan bilangan sperma ditegah daripada bersauna.

“Jika pendedahan ini ketara dan untuk jangka masa lama, sudah tentu akan mengambil masa untuk kilang sperma pulih.

“Lebih baik elakkan mandian sauna sama sekali jika berkeinginan untuk mendapatkan cahaya mata,” nasihatnya kepada lelaki yang akan berkhawin dalam masa yang terdekat.

WARGA Rusia, Vladimir Ladyzhensky melecur teruk sehingga membawa kematiannya akibat berada dalam bilik sauna terlalu lama semasa menyertai Kejohanan Sauna Antarabangsa pada Ogos 2010.


Ketua Pengarang penerbitan Harvard Men’s Health Watch di Universiti Perubatan Harvard, Dr. Harvey Simon berkata, masih kurang bukti sahih yang menyatakan bahawa mandian sauna boleh memberi faedah berpanjangan kepada kesihatan pengguna.

“Jika mandian sauna tidak menjejaskan kesihatan penggunanya maka tiada halangan untuk melakukan aktiviti ini, sebaliknya bagi individu yang mempunyai komplikasi jantung amalan ini mungkin boleh mengundang bahaya,” ujarnya.

Selain itu, tambahnya, pesakit yang mempunyai penyakit tekanan darah lemah, denyutan jantung tidak stabil dan saluran pembuluh darah kecil dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti mandian sauna.

Harvey juga menyarankan supaya pesakit yang mempunyai masalah jantung sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan sebelum menggunakan sauna.

Sementara itu, menurut Persatuan Sauna Finland, individu yang perlu mengelakkan bersauna adalah mereka yang demam atau mempunyai penyakit dan kecederaan yang berisiko untuk berjangkit.

“Individu yang mempunyai penyakit yang berpotensi untuk berjangkit dengan individu lain perlu mandi menggunakan sauna peribadi,” saran persatuan tersebut selain tidak menggalakkan peminum alkohol menggunakan sauna.

PILIHAN DITANGAN ANDA untuk KURUS!!

Sabtu, 16 April 2011

Renjatan Jantung Malek Noor


MALEK tidak berhenti mengucap syukur selepas sedar dari pengsan.



2 MINGGU lalu, jaguh bina badan negara, Datuk Malek Noor, 56, rebah di padang bola sepak di Ipoh, Perak selepas mengalami sesak nafas.Dia dikejarkan ke Hospital Pantai Ipoh dan doktor yang memeriksanya mendapati dua saluran arteri jantung milik penyandang enam kali Mr. Asia kategori heavyweight itu tersumbat.
Ekoran masalah itu, Malek telah diberi rawatan angioplasti iaitu pembedahan untuk membentuk semula pembuluh darah. Keadaannya bertambah baik dan stabil selepas itu. Ditebak soalan punca serangan tersebut, anak kelahiran Batu Pahat, Johor, ini masih mencari jawapannya. “Saya terkejut dengan serangan tersebut kerana menurut doktor kandungan kolesterol dalam badan saya tidak terlalu tinggi. “Bagaimanapun, saya sangat bersyukur kepada Allah kerana sudah beransur sihat dan boleh pulang ke rumah. Pengalaman diserang penyakit jantung memang sukar untuk digambarkan.

Tersumbat
“Kalau ditanya bagaimana perasaan saya, rasanya seperti mati hidup semula. Sebaik saja sedar, saya hanya mampu mengucap kalimah syahadah sambil menangis,” katanya. Serangan jantung Badang Asia itu mengejutkan banyak pihak. Ini kerana dia bukan sahaja bertubuh sasa bahkan diiktiraf sebagai seorang jaguh bina badan. Malah, dia kini merupakan pengarah eksekutif di sebuah pusat kecergasan. Namun, insiden baru-baru ini membuktikan manusia yang terkenal dengan rutin bersukan dan mempunyai pengetahuan luas dalam pengambilan makanan sihat pun masih terdedah kepada serangan jantung. Pakar Perunding Kardiologi, Institut Jantung Negara (IJN), Dr. Shaiful Azmi Yahaya memberitahu aktif bersukan tidak semestinya sihat.
“Kerap bersukan tidak bermakna anda sihat secara sempurna. “Ini kerana banyak lagi aspek kesihatan yang perlu diambil berat selain senaman. “Benar, senaman dapat membantu mengekalkan kesihatan tetapi ia perlu disokong dengan pengambilan makanan yang seimbang serta gaya hidup yang sihat. “Memang ada orang yang mengamalkan rutin senaman atau bersukan tiga atau empat kali seminggu, tetapi bersenam sahaja tidak cukup untuk tampil sihat sekiranya kadar kolesterol dalam badan tidak dijaga. “Begitu juga dengan pengambilan gula, tekanan darah tidak stabil dan merokok,” jelasnya. Bukan untuk menakut- nakutkan, tetapi serangan jantung di atas padang yang membawa maut sudah beberapa kali berlaku sebelum ini.






MALEK ceria mendukung anak angkatnya Nik Nur Amalin Aishah Nik Mahmud selepas dibenarkan keluar dari hospital baru-baru ini.


Ini termasuk vokalis kumpulan Fotograf, Mohd. Shamrin Abdul Samad, 45. Popular dengan panggilan Shamrin, arwah dikatakan rebah ketika bermain bola sepak di padang bola Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur, November tahun lalu.
Dalam kalangan atlet profesional, pemain kelab Seville dari Sepanyol, Antonio Puerta, 22, meninggal dunia secara mengejut ketika sedang beraksi dalam satu perlawanan Liga Sepanyol menentang kelab Getafe pada 2007. Ditanya mengenai punca utama serangan jantung mengejut, Shaiful memberitahu, penyumbatan pada saluran arteri jantung, masalah kongenital dan injap jantung yang sempit boleh mendatangkan serangan tanpa sebarang tanda. “Kolesterol adalah halangan utama yang mengganggu kelancaran saluran darah di bahagian jantung. “Terdapat tiga urat besar di jantung kita yang diameternya sekitar tiga atau empat milimeter sahaja. “Kehadiran lemak sering menyempitkan saluran tersebut dan keadaan ini lebih teruk dalam kalangan perokok dan penghidap kencing manis. “Bagi dua golongan ini, lemak pada urat jantung mereka mudah rosak dan pecah. Apabila pecah, lemak akan bercampur dengan darah.

Pecah
“Percampuran antara lemak dan darah tersebut menjadikan darah membeku dan bergumpal. “Gumpalan darah beku tersebut akan menghalang saluran darah dan urat akan tersumbat. Keadaan ini menyebabkan ada kawasan jantung yang tidak menerima darah. “Akibatnya, jantung boleh mendapat renjatan dan gagal berfungsi. Pesakit pula pada masa ini berada dalam keadaan yang sangat kritikal,” jelasnya. Tidak hairanlah jika rawatan kecemasan tidak diberikan pada tiga minit pertama serangan, risiko untuk mangsa diselamatkan adalah tipis. Melihat data kes yang dikendalikan di IJN sepanjang tiga tahun lepas, institut tersebut telah menangani 8,366 kes serangan jantung yang memerlukan pesakit diberi rawatan angioplasti.
Daripada jumlah itu, 24 peratus daripada pesakit berusia bawah 50 tahun dan 80 peratus daripadanya menghadapi masalah kolesterol tinggi. “Dengan gaya hidup yang serba segera, serangan jantung dalam kalangan umur 25 hingga 27 tahun bukan lagi perkara yang mengejutkan. “Masyarakat perlu lebih prihatin tentang kesihatan tubuh mereka. “Jika bahagian tubuh luar yang cedera, kita dapat lihat, tetapi organ dalaman kita tidak tahu sedangkan ia lebih penting. “Jalani pemeriksaan kesihatan berkala walaupun anda baru berusia 20-an. Jika usia sudah meningkat, kekerapan perlu ditambah kepada enam bulan sekali,” katanya.

Jawapan bagi masalah ini.. Minumlah susu ALPHA LIPID bagi menjaga keseluruhan kesihatan yang sihat. Mencegah lebih baij dari mengubati..

Keterangan lanjut mengenai produk ALPHA LIPID ini bolehlah berhubung terus dengan :-
Team DREAMCHASER II
AZLAN : 012-2228925
SUNAZRAH : 017-2503929






Pil pelangsing beracun dirampas

 
16 April 2011
KLANG – Selepas pil kurus Kintop keluaran China diharamkan awal tahun lalu kerana dikesan mengandungi racun satu lagi produk pelangsingan badan yang disyaki mengandungi ejen pembunuh sama dijual secara berleluasa.

Lebih mengejutkan, pil berw...arna kelabu dalam pek biru itu dikeluarkan oleh pengusaha tempatan di sebuah kilang di Lembah Klang sejak kira-kira empat tahun lalu dengan berselindung di bawah produk kosmetik berasaskan herba.

Hasil ujian makmal Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Kementerian Kesihatan, pil pelangsing yang dijual pada harga RM7 itu mengandungi racun Sibutramine yang boleh membawa maut kepada penghidap penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi dan hati jika diambil dalam dos berlebihan.

Hasil maklumat orang ramai satu serbuan telah diadakan oleh Bahagian Penguatkuasa Farmasi Jabatan Kesihatan Malaysia Cawangan Selangor di sebuah pusat kecantikan berdekatan pusat beli belah Klang Parade, Jalan Meru di sini semalam.

Dalam serbuan itu, seramai 10 pegawai penguat kuasa berjaya merampas 60 kotak pil pelangsing tersebut dengan nilai harga mencecah RM10,000.

Menurut jurucakap penguat kuasa farmasi yang terlibat sama dalam serbuan itu, beberapa wanita yang menggunakan produk pil pelangsing keluaran tempatan tersebut mengadu mengalami masalah kesihatan seperti pening kepala, gangguan usus dan pitam.

“Selain menyebabkan komplikasi itu, para pengguna produk ini juga boleh maut akibat kesan dehidrasi yang melampau,” jelasnya.

Katanya, penguat kuasa farmasi kementerian akan menjalankan siasatan lanjut sekiranya ada mana-mana pusat kecantikan yang turut menggunakan atau menjual produk tersebut.

Produk pil pelangsing itu juga mampu mengaburi mata pengguna kerana pada pek tersebut tercacat ia diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).