Khamis, 4 Ogos 2011
Jumaat, 29 Julai 2011
Betul ke Tekanan Perasaan/ Stress Boleh Menghalang Penurunan Berat Badan ?
Ini adalah salah satu soalan yang saya terima dari peserta latihan berdiet Lean4Life pada hari minggu yang lepas. Saya juga telah memberikan banyak contoh-contoh dimana banyak orang yang tidak mempunyai kesejahteraan mental ketika berdiet dan terlalu tertekan ketika hendak makan atau menimbang badan. Itu sebabnya salah satu topik utama yang kita tekankan didalam latihan tersebut adalah kesejahteraan mental dan sokongan berdiet.
Sebenarnya tekanan memang boleh menghalang penurunan berat badan. Bukan sahaja tekanan boleh menghalang berat badan tetapi ia boleh juga menyebabkan badan anda naik kembali. Tekanan – yang mungkin disebabkan oleh kurang tidur, pemakanan terlalu rendah kalori dan juga sudah tentu dari masalah kehidupan harian yang kita lalui akan menyebabkan rembesan hormone seperti cortisol dan adrenalin.
Hormon yang dirembeskan oleh sebab masalah tekanan ini akan menghantar pesanan kepada tubuh untuk memecah jisim otot sebagai tenaga; yang akan menyebabkan metabolism badan menjadi rendah. Ia juga menghantar pesanan yang amat berkesan pada otak untuk kita makan (iaitu fenomena banyak makan kerana tekanan).
Cortisol juga akan memberi arahan kepada tubuh untuk menyimpan lemak dengan banyak dikawasan perut. Oleh kerana diantara tugas cortisol adalah memecahkan bahan kimia tubuh, maka cortisol yang teramat berlebihan akan menyebabkan kesan perlindungan semulajadi didalam badan dengan pengeluaran insulin yang berlebihan juga. Ini menjadikan keadaan dimakan pengeluaran cortisol yang berlebihan akan menjadi salah satu punca badan kita menghidapi keadaan rintangan insulin dan tidak boleh membakar lemak.
Salahsatu sebab lagi kenapa tekanan boleh menghancurkan proses penurunan berat badan kita adalah akibat dari serotonin. Tekanan akan mengurangkan serotonin didalam badan. Pengeluaran serotonin akan menjadi berkurangan kerana tekanan disebabkan kurang mendapatkan tidur yang nyenyak dan lena yang diperlukan untuk mengganti dan mengeluarkan serotonin yang cukup. Pada waktu ini kita memerlukan lebih lagi serotonin tetapi keadaan tekanan ini menyebabkan pengeluarannya makin berkurangan.
Mungkin ramai yang belum faham bahawa serotonin (5-hydroxytryptamine, 5-HT ) sebenarnya bukanlah sejenis hormon tetapi ianya adalah sejenis neurotransmitter atau bahan kimia yang menjadi penghubung saraf yang terdapat didalam otak yang juga banyak berfungsi pada bahagian dinding usus, pembuluh darah dan juga ‘central nervous system’.
Terdapat banyak fungsi serotonin ini yang diantaranya adalah mengawal selera makan, tidur, daya ingatan dan pembelajaran, menyeragamkan suhu badan, rasa atau perasaan, fungsi pembuluh darah, pengecutan otot badan, mengawal sistem edokrin dan kemurungan.
Kekurangan serotonin memang tidak sesuai untuk penurunan berat badan dan memang menjadi salahsatu punca yang terbesar sebab badan kita naik jika anda menghidapi tekanan ketika berdiet.
Apabila kita berdiet maka jagalah kesihatan mental dan perasaan kita dan nikmatilah diet yang kita buat untuk mendapat menafaat yang optima.
Posted by Kamarul & Shima
Keterangan lanjut boleh hubungi :-
Team DREAMCHASER II
AZLAN : 012-2228925
SUNAZRAH : 017-2503929
Selasa, 12 Julai 2011
Cara Pengambilan SD2 Sewaktu Berpuasa ?
Sejak kebelakangan ini saya kerap menerima soalan tentang cara-cara mengambil SD2 semasa menjalani puasa disiang hari. Walaupun belum masuk bulan Ramadhan, maka telah ramai memulakan kewajipan berpuasa samada berpuasa sunat, puasa ganti atau puasa Rejab, Syaaban dan terus puasa Ramadhan.
Apabila kita berpuasa, maka ada beberapa pantang semasa berdiet SD2 yang perlu kita perhatikan. Pantang SD2 yang pertama adalah jangan berlapar atau tidak mengambil apa-apa makanan lebih dari 6 jam sewaktu kita jaga. Namun begitu kita masih boleh berdiet dan mengambil SD2 sambil berpuasa kerana kewajipan berpuasa adalah lebih penting cumanya metabolisma kita menjadi perlahan sedikit dari biasa tetapi berat kita masih boleh turun. Apabila kita sudah berbuka nanti makanlah dengan kenyang tetapi tetap tidak mengambil karbohidrat dan gula serta minumlah air yang banyak untuk menggantikan air yang hilang sewaktu siang.
Perkara atau syarat yang lebih penting untuk kita perhatikan sewaktu berpuasa adalah kita mestilah memakan cukup protien semasa berdiet. Cukup protien disini bermaksud kita masih perlu memakan 2 skup sebanyak 4 kali sehari apabila kita telah berbuka. Maka bolehlah buat penyesuaian pada waktu malam tentang jarak memakan SD2 sebanyak 4 kali itu mengikut jadual masing-masing. Contohnya: 1 kali waktu sahur, 1 kali waktu berbuka, 1 kali selepas makan malam dan 1 kali lagi sebelum tidur. Namun begitu jika anda merasakan 4 kali adalah terlalu mencabar pada waktu malam, boleh juga mengambil 3 kali pada waktu malam dengan jumlah keseluruhannya 8 skup juga. Sebagai contoh: 1 kali waktu sahur (3 skup), 1 kali waktu buka (3 skup) dan 1 kali lagi sebelum tidur (2 skup).
Saya sangat menekankan perkara ini kerana sekiranya anda berdiet dan berat badan anda masih turun tetapi anda tidak memakan cukup protien maka ini akan meninggalkan kesan yang tidak elok pada badan anda. Kesan yang pertama adalah apabila anda turun berat badan nanti maka kulit ada tidak cukup tegang, kendur dan nampak cengkung. Sekiranya cukup memakan protien maka kulit anda akan nampak lebih tegang, tidak kendur, sihat serta warna kulit sepatutnya nampak lebih cantik. Kesan kedua adalah apabila tidak cukup memakan protien maka apabila anda turun berat badan, tisu badan atau lean mass anda tidak dilindungi dan jika anda berhenti berdiet nanti maka lemak akan lebih cepat terkumpul dan anda akan mengalami kesan berat naik mendadak seperti program diet yang memakan ubat-ubat diet yang ada dipasaran. Sekiranya tisu badan atau lean mass anda dilindungi dengan memakan protien yang cukup maka anda tidak akan mengalami masalah berat naik mendadak ini.
Itu sebabnya saya tidak menggalakkan samada alasan anda berpuasa atau malas atau akal terlalu bijak hendak menjimatkan duit maka anda tidak mengambil SD2 seperti yang sepatutnya iaitu 2 skup 4 kali sehari. Sekiranya anda hanya ingin menjalani fasa pengekalan atau maintenance, maka tidak perlu mengambil SD2 tetapi cuma menjaga kadar karbohidrat yang anda boleh ambil atau dipanggil Critical Carbohydrate Level of Maintainence (CCLM) yang selalunya lebihkurang 100g sehari. Tetapi apabila anda masih mengambil SD2, maka makanlah cara yang betul supaya anda tidak mengalami kesan sampingan yang tidak baik yang saya ceritakan sebelum ini.
Semuga puasa anda diberkati disamping beribadah dengan cara yang sihat.
Keterangan lanjut mengenai SLIM DIET 2 bolehlah berhubung terus dgn kami :-
DREAMCHASER II
AZLAN AZMAN : 012-2228925
SUNAZRAH SALEH : 017-2503929
Selasa, 21 Jun 2011
81% dari 800 orang dewasa di Malaysia yang di temuramah mengatakan mereka tidak mendapat tidur yang cukup pada waktu malam !
Mengikut kajian yang dibuat oleh Philips Index for Health and Well-being: A Global Perspective Report 2010 yang dikeluarkan pada bulan November lepas, 81% dari 800 orang dewasa di Malaysia yang di temuramah mengatakan mereka tidak mendapat tidur yang cukup pada waktu malam !
Buat perbandingan, purata orang dewasa yang memberikan maklumat yang serupa adalah 69% dari jumlah 31,000 orang yang di temuramah dari 23 negara.
Lebih dari setengah orang di Malaysia tersebut menyalahkan kekurangan tidur mereka disebabkanlambat tidur pada waktu malam dan terpaksa bangun awal pada keesokan paginya. Diantara sebab-sebab lain adalah tidak dapat tidur nyenyak (13%) dan rungsing atau tekanan kehidupan (8%).
Walaupun kurang tidur mungkin adalah pilihan gayahidup, kajian menunjukkan kurang tidur yang kronik bukan sahaja menyebabkan prestasi yang rendah dan produktiviti yang merosot tetapi ia juga sangat memberi kesan kepada kesihatan seseorang.
Diantara kesan-kesan yang mungkin akan berlaku disebabkan kurang tidur adalah kelaparan yang berlebihan dan berat badan yang meningkat, fungsi imun atau kekebalan badan yang rapuh, pengawalan gula yang buruk (penyebabkan kepada pembentukan penyakit kencing manis), tekanan darah meningkat dan peningkatan kadar penyakit jantung.
Orang yang mengantuk juga mudah bengkeng, perengus dan tidak dapat fokus dengan betul, yang menjadi penyebab kepada penyakit sosial, masalah pekerjaan serta kemalangan kenderaan.
Jika anda merasakan bahawa prestasi serta kesihatan anda sudah terganggu dengan masalah kurang tidur, maka susu semulajadi Sleep Time adalah pilihan yang baik untuk memperbaiki situasi anda.
Keterangan lanjut boleh hubungi :-
DREAMCHASER II
AZLAN AZMAN : 012-2228925
SUNAZRAH SALEH : 017-2503929
Isnin, 20 Jun 2011
Produk Perlansingan Badan Yg Terkenal DI New Zealand kini di Malaysia
Slim Diet II atau SD 2 membantu anda mendapatkan berat badan yang ideal dengan mengamalkan konsep diet yang sihat TANPA BERLAPAR dan sekaligus menghilangkan lemak badan berlebihan pada tubuh anda. SD II juga membantu anda untuk mengekalkan bentuk tubuh badan yang menarik dan menawan. Penurunan berat badan menjadi lebih mudah.
Nak kurus tanpa perlu berlapar ????
Ayam Daging ,Udang (Semua Seafood) ,Sayuran ,Telur
Ya anda boleh makan semua makanan diatas!!
Bunyinya seperti anda tak percaya.. tapi itulah hakikatnya apabila anda mengikuti program diet secara sihat bersama slim diet 2 (SD2).
Program yang berdasarkan kepada penyimpanan protein dan diet ketogenik (Protein Sparing Modified Fast – PSMF) ini adalah hasil kajian sekumpulan ahli perubatan dari Harvard Medical University (Dr.George Cahill and Dr. George Blackburn). Hasil dari kajian ini, syarikat New Image International yang juga pengeluar produk Colostrum Alpha Lipid Lifeline telah menghasilkan produk Slim Diet 2 yang mampu menggegarkan pasaran di Malaysia. Jangan terkejut jika dikatakan di New Zealand, rekod tertinggi penurunan berat badan adalah 64 kg dalam tempoh sebulan.
Ciri ciri KEISTIMEWAAN dari program pelangsingan SDII?
*Penurunan berat badan ideal pada kadar 250gm—500gm setiap hari.
*Tidak memerlukan belanja yg tinggi serta menjimatkan wang anda. JIMATKAN WANG ANDA
*Penambahan tenaga pd setiap 500g lemak yg dibakar dan menjadikan tenaga kpd 3000 kalori.
*Pembuangan lemak pada tubuh badan secara KEKAL Dibuktikan melalui rekod dunia dengan penurunan berat badan sebanyak 64kg dalam masa 1 bulan.
*TIDAK PERLU BERLAPAR. Amalkan aturan pemakanan biasa seperti sarapan pagi, makan tengahari & makan malam.
DENGAN PROGRAM SLIMMING DIET II ATAU SD2, ANDA BOLEH MAKAN, TIDAK PERLU BERLAPAR DAN TAK PERLU MENGHABISKAN BERIBU-RIBU RINGGIT DI PUSAT SLIMMING. MALAH DAPAT MEGURANGKAN 10KG DALAM MASA SEBULAN HANYA DENGAN MENGAMALKAN SD2.
*Kandungan Protein yang tinggi dengan multi-vitamin, mineral dan elemen-elemen kesihatan yang lain serta seimbang.
*Membantu memulihkan masalah kesihatan yang lain seperti diabetes, darah tinggi & juga mengurangkan paras kolestrol pada tubuh badan.
*Membantu membaiki sel-sel tubuh ke arah sel yg lebih sihat & kuat utk sistem tubuh badan manusia. Memberi tenaga dan membantu pemulihan tenaga agar kita sentiasa segar dan berdaya menjalankan kegiatan harian.
* MUDAH dan sungguh MUDAH
SD2 boleh didapati dengan harga : RM144 (bukan ahli) / RM108 (ahli)
Berminat boleh hubungi :-
AZLAN AZMAN : 012-2228925
SUNAZRAH SALEH : 017-2503929
Jumaat, 17 Jun 2011
Peluang menjadi rakan niaga bersama kami
Peluang Perniagaan
INGIN MENCAPAI KEBEBASAN KEWANGAN, MENDAPAT KESIHATAN YANG BAIK, MEMBINA PERNIAGAAN SENDIRI DENGAN RISIKO SERTA MODAL YANG RENDAH ?
Sertailah Kami Sekarang!
DENGAN BANTUAN & SOKONGAN KAMI ! ANDA BOLEH MELAKUKAN MENGIKUT MASA & TAHAP KEMAMPUAN ANDA SENDIRI.
- Product Competitive Advantage – produk yang baru di pasaran, selamat, berkesan dan di minta ramai
- Time Freedom - tak perlu pergi kerja secara tradisonal, masa anda tentukan sendiri, tiada boss yang memerhati.
- Financial Freedom - bebas dari masalah kewangan. Pendapatan 'long term residual' terdiri dari bonus tunai (Royalti) dan Country Pool setiap 6 bulan dan bonus bulanan pendapatan lima angka atau lebih. Anda tentukan sendiri pendapatan anda.
- Personal Development - pembinaan diri sebagai pemimpin dan usahawan berjaya. Investment yang terbaik adalah untuk membentuk diri sendiri.
- Very Low Capital Start-up - modal permulaan yang rendah.
- Great Income Potential - tiada 'ceiling' atau 'limit' untuk pendapatan yang bakal anda dapat.
- Global Business Expansion - peluang perniagaan keluar negara seperti Indonesia, Philippines, Singapore, Thailand, Japan dan lain-lain negara.
Anda juga akan diberikan bimbingan seperti cara-cara melakukan diet SDII yang betul serta khidmat sokongan untuk berdiet dengan berjaya. Juga dibekalkan bahan-bahan rujukan yang sepatutnya untuk bimbingan berdiet.
Adakah Anda Bersedia ?
Adakah Anda Bersikap Terbuka Untuk Mendengar Peluang Yang Baik Ini ?
Adakah Anda Bersikap Terbuka Untuk Mendengar Peluang Yang Baik Ini ?
Sertai Kami di Dreamchaser II & Slim Diet 2
Azlan Azman : 012-2228925
Sunazrah Saleh : 017-2503929
Isnin, 13 Jun 2011
Testimoni : Suzie Matasin dari Sabah
Suzie Matasin, Sabah
Rugi orang ketepikan slimdiet…
Once, berat badan saya 70kg..husband janji untuk belikan cellphone jika berat saya turun 60kg..3 bulan exercise, x penurunan berat badan malah naik sekilo..one of my daughter, Ivana (I am 44 year and a mother of 7 children) suggests tuk try slimdiet.. X percaya, saya ketepikannya bulat2..
Cuti sekolah lalu, bila anak saya kembali ke rumah, saya tanya kenapa badan makin kurus..Pengsan nak dengar bila Ivana kata hilang 4kg lepas minum slimdiet.. Masa tu juga saya suh Ivana stop minum dan slimdiet yang lebih kat tin tu saya amik. Selama seminggu mengamalkan slimdiet, diet termasuk makan dan exercise saya diuruskan oleh Ivana. Selepas seminggu, keajaiban berlaku..berat badan turun 4.5 kg…then diikuti 2 kg lagi selepas 10 hari….. See More
Ni cerita baik untuk dikongsi.. minggu lalu, saya ke Kota Kinabalu kerana ada seminar MLM..sebelum seminar, sempat jumpa anak saya, Ivana tuk pegi shopping bersama.. terlalu exited pilih ‘Jeans’, terambil saiz 28. tu pun sedar bila dh samapi rumah (sebenarnya nak saiz 30).. Kira nak bagi jeans tu kat anak-anak tapi confirm semua tak masuk punya..haha..bila nampak jeans tu, sakit hati sebab tak dapat pakai. Satu petang, nak kluar rumah pakai lah jeans..teramat hairan, selesa pulak pakai jeans satu ni..Tertanya-tanya napa semua jeans dah longgar tapi satu ni fit on me..adakah berat badan dah naik..???bila tengok betul-betul, rasa nak jerit becoz jeans saya pakai tu saiz 28 (jeans saya beli masa g shopping ngan Ivana)..masa tu jugak, saya terus berlari tuk timbang berat badan..OMG…!!I am 61kg..
Skang, anak suh berhenti minum slimdiet, tapi saya kata, my target is 58 kg..and akan stop minum bila berat badan 58 kg..Anak takut badan diorang kalah..haha..just kidding..
so guys out there, what are you waiting for?..Tiada ruginya amalkan SD…selain keyakinan bertambah, saya rasakan badan lebih bertenaga dan sihat..Pujian mempunyai badan yang cantik dari orang sekeliling menjadikan saya lebih gembira dan bersemangat..Kalo leh nak kongsi kegembiraan ni dengan orang lain..
SLIMDIET..the best weight loss product in the world…
Keterangan lanjut mengenai SLIM DIET 2 boleh hubungi :-
DREAMCHASER II
AZLAN 012-2228925
SUNAZRAH 017-2503929
Jumaat, 10 Jun 2011
Jauhi CHEWING GUM semasa berdiet SD2
Banyak produk yg anda mungkin merasakan bukan dari kategori makanan seperti chewing gum, mint utk menghilangkan bau mulut, ubat batuk atau gula-gula utk sakit tekak adalah penuh dgn gula atau jenis manisan yg lain. Jauhilah produk-produk ini semasa berdiet SD2.
Isnin, 30 Mei 2011
Saya seorang pengamal vegetarian. Bolehkah saya berdiet rendah karbohidrat seperti SD2 ?
Boleh ! Tergantung kepada apakah jenis diet vegetarian yang anda ikuti.
Jika anda ikuti jenis vegetarian diet secara VEGAN, maka adalah agak mustahil untuk anda mengikut diet rendah karbohidrat seperti SD2. Lihat apa itu jenis VEGAN diet http://www.righthealth.com/topic/What_Is_A_Vegan_Diet?p=l&as=goog&ac=404
Tetapi jika anda boleh memakan telur dan protien soya atau whey protien maka besar kemungkinan anda boleh melakukannya. Jika anda boleh memakan ikan maka lebih mudah untuk anda melakukannya lagi.
Sedikit nota tentang pengamal vegetarianism, jika anda menghidari memakan makanan dari haiwan atau hasil bahan haiwan diatas sebab-sebab batin atau spiritual, etika atau moral; maka saya hormati dan sangat bersimpati dengan niat murni anda.
Namun begitu jika anda melakukannya diatas sebab-sebab kesihatan, maka saya syorkan untuk anda memikirkan semula kefahaman yang anda lakukan itu. Kebanyakan orang mempunyai kesihatan yang lebih baik dengan sebahagian dari makanan hasil haiwan, dan ada yang lebih sihat dari itu dengan memakan lebih banyak makanan hasil dari haiwan.
Mungkin cara yang lebih baik untuk menerima atau 'reconcile' akan perkara ini dengan memberikan simpati kepada hasil ternakan yang bukan diternak secara kilang, yang diternak sercara organik dan hidup secara baik dan bebas. Sesuatu untuk anda fikirkan...
Berminat ingin mencuba SLIM DIET 2 boleh hubungi:-
DREAMCHASER II : 019-6078495
AZLAN AZMAN : 012-2228925
SUNAZRAH SALEH : 017-2503929
Rabu, 25 Mei 2011
Adakah anda merasa pening kepala dan keletihan kerana kurang pengambilan gula semasa berdiet SD2 ?
Sebenarnya, tidak semua orang merasakan begini ketika berdiet SD2. Selalunya jika anda pening kepala ketika berdiet SD2 maka ini disebabkan anda sudah berlapar dan kurang mengambil makanan. Oleh itu pastikan anda sentiasa kenyang semasa berdiet dan simptom ini akan hilang dengan sendirinya.
Namun begitu ada beberapa orang yang telah saya jumpa mempunyai badan yang sensitif dan merasa pening kepala kerana kekurangan gula walaupun perut sudah kenyang. Didalam fasa induksi, ada juga beberapa peratus dari mereka yang berdiet merasa pening kepala, keletihan, kekejangan atau ketidakselesaan yang lain. Keadaan ini mungkin disebabkan badan anda mengalami fasa peralihan dan penyesuaian diri dengan menu makanan yang baru. Jika anda boleh melalui keadaan ini dengan sabar, selalunya kesan seperti ini akan hilang dalam tempoh empat ke lima hari sahaja. Apabila badan sudah mula membakar lemak sepenuhnya, badan anda akan bertenaga semula dan kesan ini juga akan hilang sepenuhnya.
Namun begitu jika kesannya agak terlampau, maka anda boleh melakukan satu program secara beransur-ansur mengikut kesesuaian badan anda. Oleh itu, cuba menambah menu sayur-sayuran serta buah-buahan jenis berries lebih dari biasa didalam makanan anda untuk beberapa hari. Apabila kesan yang anda hadapi itu hilang, maka anda perlu menurunkan semula kadar karbohidrat yang anda ambil ke tahap 20 gm net karbohidrat sehari (untuk limit dalam fasa induksi).
Pastikan juga anda meminum air yang cukup dan ambil suplemen tambahan untuk menambah mineral didalam badan anda seperti magnesium, calsium dan potassium. Boleh juga mengambil light salt atau fruit salt didalam segelas air suam dan anda akan kembali segar semula.
Note by Mr Kamarul Nordin
Untuk keterangan lanjut tentang produk boleh hubungi :-
DREAMCHASER II
AZLAN AZMAN : 012-2228925
SUNAZRAH SALEH : 017-2503929
Langgan:
Catatan (Atom)









