Mengikut kajian yang dibuat oleh Philips Index for Health and Well-being: A Global Perspective Report 2010 yang dikeluarkan pada bulan November lepas, 81% dari 800 orang dewasa di Malaysia yang di temuramah mengatakan mereka tidak mendapat tidur yang cukup pada waktu malam !
Buat perbandingan, purata orang dewasa yang memberikan maklumat yang serupa adalah 69% dari jumlah 31,000 orang yang di temuramah dari 23 negara.
Lebih dari setengah orang di Malaysia tersebut menyalahkan kekurangan tidur mereka disebabkanlambat tidur pada waktu malam dan terpaksa bangun awal pada keesokan paginya. Diantara sebab-sebab lain adalah tidak dapat tidur nyenyak (13%) dan rungsing atau tekanan kehidupan (8%).
Walaupun kurang tidur mungkin adalah pilihan gayahidup, kajian menunjukkan kurang tidur yang kronik bukan sahaja menyebabkan prestasi yang rendah dan produktiviti yang merosot tetapi ia juga sangat memberi kesan kepada kesihatan seseorang.
Diantara kesan-kesan yang mungkin akan berlaku disebabkan kurang tidur adalah kelaparan yang berlebihan dan berat badan yang meningkat, fungsi imun atau kekebalan badan yang rapuh, pengawalan gula yang buruk (penyebabkan kepada pembentukan penyakit kencing manis), tekanan darah meningkat dan peningkatan kadar penyakit jantung.
Orang yang mengantuk juga mudah bengkeng, perengus dan tidak dapat fokus dengan betul, yang menjadi penyebab kepada penyakit sosial, masalah pekerjaan serta kemalangan kenderaan.
Jika anda merasakan bahawa prestasi serta kesihatan anda sudah terganggu dengan masalah kurang tidur, maka susu semulajadi Sleep Time adalah pilihan yang baik untuk memperbaiki situasi anda.
Keterangan lanjut boleh hubungi :-
DREAMCHASER II
AZLAN AZMAN : 012-2228925
SUNAZRAH SALEH : 017-2503929