Isnin, 30 Mei 2011

Saya seorang pengamal vegetarian. Bolehkah saya berdiet rendah karbohidrat seperti SD2 ?


Boleh ! Tergantung kepada apakah jenis diet vegetarian yang anda ikuti.

Jika anda ikuti jenis vegetarian diet secara VEGAN, maka adalah agak mustahil untuk anda mengikut diet rendah karbohidrat seperti SD2. Lihat apa itu jenis VEGAN diet http://www.righthealth.com/topic/What_Is_A_Vegan_Diet?p=l&as=goog&ac=404

Tetapi jika anda boleh memakan telur dan protien soya atau whey protien maka besar kemungkinan anda boleh melakukannya. Jika anda boleh memakan ikan maka lebih mudah untuk anda melakukannya lagi.

Sedikit nota tentang pengamal vegetarianism, jika anda menghidari memakan makanan dari haiwan atau hasil bahan haiwan diatas sebab-sebab batin atau spiritual, etika atau moral; maka saya hormati dan sangat bersimpati dengan niat murni anda.

Namun begitu jika anda melakukannya diatas sebab-sebab kesihatan, maka saya syorkan untuk anda memikirkan semula kefahaman yang anda lakukan itu.  Kebanyakan orang mempunyai kesihatan yang lebih baik dengan sebahagian dari makanan hasil haiwan, dan ada yang lebih sihat dari itu dengan memakan lebih banyak makanan hasil dari haiwan.

Mungkin cara yang lebih baik untuk menerima atau 'reconcile' akan perkara ini dengan memberikan simpati kepada hasil ternakan yang bukan diternak secara kilang, yang diternak sercara organik dan hidup secara baik dan bebas. Sesuatu untuk anda fikirkan...

Berminat  ingin mencuba SLIM DIET 2 boleh hubungi:-
DREAMCHASER II : 019-6078495
AZLAN AZMAN : 012-2228925
SUNAZRAH SALEH : 017-2503929

Rabu, 25 Mei 2011

Adakah anda merasa pening kepala dan keletihan kerana kurang pengambilan gula semasa berdiet SD2 ?


Sebenarnya, tidak semua orang merasakan begini ketika berdiet SD2. Selalunya jika anda pening kepala ketika berdiet SD2 maka ini disebabkan anda sudah berlapar dan kurang mengambil makanan. Oleh itu pastikan anda sentiasa kenyang semasa berdiet dan simptom ini akan hilang dengan sendirinya.

Namun begitu ada beberapa orang yang telah saya jumpa mempunyai badan yang sensitif dan merasa pening kepala kerana kekurangan gula walaupun perut sudah kenyang. Didalam fasa induksi, ada juga beberapa peratus dari mereka yang berdiet merasa pening kepala, keletihan, kekejangan atau ketidakselesaan yang lain. Keadaan ini mungkin disebabkan badan anda mengalami fasa peralihan dan penyesuaian diri dengan menu makanan yang baru. Jika anda boleh melalui keadaan ini dengan sabar, selalunya kesan seperti ini akan hilang dalam tempoh empat ke lima hari sahaja. Apabila badan sudah mula membakar lemak sepenuhnya, badan anda akan bertenaga semula dan kesan ini juga akan hilang sepenuhnya.

Namun begitu jika kesannya agak terlampau, maka anda boleh melakukan satu program secara beransur-ansur mengikut kesesuaian badan anda. Oleh itu, cuba menambah menu sayur-sayuran serta buah-buahan jenis berries lebih dari biasa didalam makanan anda untuk beberapa hari. Apabila kesan yang anda hadapi itu hilang, maka anda perlu menurunkan semula kadar karbohidrat yang anda ambil ke tahap 20 gm net karbohidrat sehari (untuk limit dalam fasa induksi).

Pastikan juga anda meminum air yang cukup dan ambil suplemen tambahan untuk menambah mineral didalam badan anda seperti magnesium, calsium dan potassium. Boleh juga mengambil light salt atau fruit salt didalam segelas air suam dan anda akan kembali segar semula.

Note by Mr Kamarul Nordin
Untuk keterangan lanjut tentang produk boleh hubungi :-
DREAMCHASER II
AZLAN AZMAN : 012-2228925
SUNAZRAH SALEH : 017-2503929

Ahad, 22 Mei 2011

Bersenam bukan suatu kemestian ketika berdiet (4)


Diantara jenis-jenis senaman yang boleh anda lakukan dengan cara yang lebih sirius untuk menurunkan berat badan adalah dengan mengayuh basikal. Ini juga diantara salah satu senaman kegemaran saya.

Dengan mengayuh basikal, anda lebih mudah menaikkan kadar degupan jantung tanpa memberikan tekanan kepada sendi-sendi anda. Jika anda mampu atau boleh pergi ke gym, anda mempunyai lebih banyak pilihan samada memilih stationary-bike yang biasa ataupun recumbent-bike, yang tidak sangat memberikan tekanan kepada belakang dan bahagian bawah badan anda.

Yang penting sekali anda perlu melakukan interval-training atau latihan berselang-seli dimana matlamat anda bukanlah selama mana anda boleh mengayuh tetapi setepat mana anda boleh membuat kayuhan berselang-seli dimana setiap 1 minit anda melakukan kayuhan selaju boleh dan 1 minit lagi kayuhan seperti biasa. Lakukan interval-training ini selama 30 minit setiap hari dan tambah keamatan atau intensity dengan menaikkan gear basikal tersebut apabila anda sudah merasa memerlukan cabaran yang lebih dari biasa.

Jangan lupa memulakan setiap senaman dengan memanaskan badan dan diakhiri dengan menyejukkan badan.

Bersenam bukan suatu kemestian ketika berdiet (3)


Jika anda tidak pernah bersenam sebelum ini atau sudah lama tidak bersenam, perkara yang pertama sekali yang perlu anda lakukan adalah berbincangkan dengan doktor atau pakar kesihatan anda.

Jika mereka memberikan anda lampu hijau, maka mulakanlah dengan senaman yang paling ringan seperti berjalan kaki. Jangan terlalu menganalisa situasi anda, jangan terlalu takut untuk melakukannya dan janganlah tunggu sehingga anda membeli kasut atau baju senaman yang baru. Terus sahaja melakukannya. Sarungkan jam tangan untuk menentukan waktu senaman anda  dan terus sahaja keluar pintu rumah anda untuk berjalan kaki. Berjalanlah selama 15 minit dan perhatikan apakah rasanya pada tubuh anda. (Tip: Terus lakukan senaman pada waktu pagi adalah lebih baik dari menangguhkannya atau menipu diri yang anda akan melakukannya kemudian pada pada waktu petang. Anda tidak akan tahu apakah alasan anda selanjutnya pada siang hari nanti.)

Secara beransur-ansur, tambahlah masa dan keamatan senaman anda; dengan matlamat untuk menjadi aktif sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Janganlah tersenyum sinis atau mengelingkan mata anda. Sebenarnya ini terlalu  sekejap untuk anda lakukan perkara-perkara seperti berjalan kaki, mengayuh basikal, menari, aerobik, berjogging atau apa-apa sahaja yang boleh menaikkan degupan jantung anda dengan lebih cepat. Buat permulaan ini anda boleh juga memukul bola tenis kedinding, berjalan naik turun tangga atau mengemas rumah atau menyapu lantai secara pantas.

Boleh juga mencari senaman yang anda boleh lakukan didalam air atau pada kerusi jika anda terhad untuk bergerak. Gunakan senaman yang ringan dahulu sebagai langkah permulaan  untuk anda menjadi aktif semula. Adalah penting untuk anda bermula dengan perlahan dan belajar untuk meregangkan badan, memanaskan badan serta menyejukkan badan semula untuk mengelakkan kecederaan.

Pilihlah jenis senaman cardio dahulu adalah lebih baik untuk anda membakar lemak dari senaman mengangkat berat pada waktu permulaan ini. Jika anda ingin memilih jenis senaman yang lebih sirius seperti pergi ke fitness centre atau bersukan, maka jumpalah perunding yang diakui untuk belajar teknik senaman yang betul untuk mengelakkan sebarang kecederaan yang akan melambatkan kemajuan anda.

Tidak kiralah apa jenis senaman yang anda ingin lakukan, jangan bertangguh dan terus sahaja melakukannya. Namun begitu, adalah penting untuk melakukan jenis senaman yang paling anda gemari atau paling kurang anda benci melakukannya.  Apabila anda sudah merasa semakin cerdas nanti dan mencari satu yang lebih mencabar selain dari berjalan kaki, maka satu pilihan senaman lain yang lebih banyak akan terbuka untuk anda dimana saya akan berkongsi selanjutnya.

Bersenam bukan suatu kemestian ketika berdiet (2)


Senaman, dalam bentuk atau jenis apapun, akan membantu membina atau sekurang-kurangnya mengekalkan jisim otot anda.

Senaman yang mengutamakan mengangkat berat sudah tentu akan membina jisim otot dengan lebih banyak. Banyak orang yang terlebih berat akan mengelakan senaman mengangkat berat  kerana mereka takut akan membina otot yang lebih serta badan akan nampak lebih besar. Sebenarnya ini tidak akan berlaku jika kita tahu bagaimana cara untuk melakukannya.

Namun begitu buat masa ini cukuplah untuk kita memahami bahawa sebenarnya dengan membina jisim otot akan banyak membantu badan kita membakar lemak dengan lebih cepat. Tetapi kita perlu beringat bahawa pada waktu permulaan apabila kita membina jisim otot, besar kemungkinan kita tidak akan nampak apa-apa penurunan atau berat kita mungkin juga akan naik lebih sedikit. Ini hanyalah menunjukkan bahawa sebenarnya jisim otot kita meningkat tetapi lemak kita sebenarnya sudah banyak berkurangan. Kita perlu faham bahawa jisim otot adalah lebih padat dari lemak jadi perubahan yang sedikit akan nampak lebih ketara pada keseluruhan berat kita.

Kita akan nampak perbezaan sebenar pada apa yang kita rasa pada tubuh badan kita dan juga bagaimana pakaiaan kita rasa sesuai pada tubuh badan kita. Yang lebih penting, jisim otot kita memerlukan lebih tenaga pada badan dari lemak yang ada pada tubuh kita. Dengan kata lain, apabila kita menambah jisim otot, kita akan sebenarnya akan membakar lebih kalori walaupun kita tidak bergerak.

Ini bermakna senaman akan membantu kita menurunkan berat badan dengan tiga cara yang berbeza:
  1. Dengan cara yang difahami ramai - kita membakar lebih kalori ketika melakukan senaman
  2. Apabila kita selesai bersenam, metabolisma kita masih berada pada kadar yang tinggi untuk beberapa jangkamasa tertentu - dimana anda juga berpeluang membakar lebih kalori dari biasa
  3. Apabila anda sudah mula membina jisim otot, maka metabolisma anda juga akan meningkat dengan lebih banyak pada 24/7 atau setiap masa dan anda masih tetap membakar lemak walaupun beratur panjang di kaunter pejabat pos
Jika anda faham dan bersetuju dengan konsep diatas, maka pada topik selanjutnya kita akan melihat apakah yang perlu kita lakukan selanjutnya untuk mula menggerakkan badan kita ketika berdiet.

Sabtu, 21 Mei 2011

Bersenam bukan suatu kemestian ketika berdiet (1)


Disamping cara pemakanan yang baru, sebenarnya adalah satu kemestian untuk menjadikan fizikal aktiviti sebagai salahsatu  aktiviti harian untuk penurunan berat badan yang lebih berkesan.

Adalah satu kekeliruan jika anda mengatakan sudah cukup menjaga pemakanan sahaja dan tidak perlu bersenam ketika berdiet SD2. Ini tidak betul. Senaman adalah salahsatu bahagian yang penting ketika berdiet SD2 dan anda tidak boleh mengendahkannya.

Bersenam setiap hari akan:
  • Meningkatkan pembakaran lemak dan penurunan berat badan
  • Mengemaskan (tone) dan memperkuatkan otot anda
  • Membantu menegangkan kulit apabila lemak dibawah kulit dibakar
  • Menjaga kadar tenaga yang sentiasa tinggi
  • Membantu anda untuk tidur nyenyak
  • Menambah baik mood anda
  • Mengurangkan risiko kecederaan
  • Menghindari  penyakit diabetis, penyakit jantung, strok, kanser dan segala penyakit berbahaya diluar sana
  • Membantu mengekalkan berat tulang serta mengurangkan risiko osteoperosis untuk lelaki ataupun perempuan
Pada tahap ini, fokus utama anda mungkin hanya untuk menafaat nombor satu: meningkatkan pembakaran lemak dan penurunan berat badan. Namun begitu, akhirnya anda akan dapat merasakan menafaat baik yang lain.

Buat masa ini, kita akan cuba fahami dulu  bagaimana senaman akan menjadi pelengkap kapada program pemakanan SD2 yang akan menurunkan berat badan anda dengan lebih segera.


Keterangan lanjut boleh hubungi kami:-
DREAMCHASER II
AZLAN 012-2228925
SUNAZRAH 017-2503929


Betul ke LELAKI cepat turun berat badan berbanding WANITA !!


Betul. Orang lelaki memang mempunyai kelebihan tertentu apabila berdiet SD2. Malangnya dalam hal ini, penurunan berat badan bukanlah sesuatu peluang yang sama dan adil untuk semua jantina.

Jantina dan umur juga menjadi faktor penentu.  Ada sekurang-kurang tiga (3) sebab utama kebanyakan orang lelaki, terutamanya yang lebih muda - lebih banyak menurunkan berat badan dari wanita atau wanita yang lebih tua.
  • Pertama, secara umumnya lelaki mempunyai jisim otot yang lebih banyak dari wanita. Jadi mereka akan membakar lebih kalori dari wanita.
  • Kedua, tubuh wanita selalunya akan melalui fasa perubahan hormon yang akan menghuru-harakan situasi kadar gula dalam darah dan juga tindakbalas insulin didalam tubuh.
  • Akhir sekali,  estrogen yang berlebihan akan menghalang fungsi thyroid anda, yang mengakibatkan metabolisma anda menjadi rendah. Dengan itu anda akan merasa amat susah untuk menurunkan berat badan.
Jika kita faham akan konsep ini dengan betul, maka kita akan dapat melakukan satu program yang sesuai untuk tubuh kita sendiri. Namun begitu janganlah selalu membandingkan penurunan berat badan kita dengan orang lain kerana keadaan dalaman tubuh kita memang berbeza-beza.

Berminat ingin mencuba SLIM DIET 2 boleh hubungi :-
DREAMCHASER II / SUNAZRAH SALEH 010-2749601

Jumaat, 20 Mei 2011

Adakah anda mempunyai masalah tidur atau sleep disorder ?


Adakah anda  . . .
  • merasa terganggu atau mengantuk disiang hari ?
  • merasa susah untuk jaga apabila duduk diam, menonton tv atau membaca ?
  • tertidur atau merasa mengantuk ketika memandu ?
  • merasa susah untuk menumpukan perhatian ?
  • selalu diberitahu oleh kawan-kawan bahawa anda nampak penat dan letih ?
  • lambat untuk bertindak ?
  • sukar mengawal perasaan anda ?
  • merasa anda perlukan tidur sekejap disiang hari atau mengambil 'nap' hampir setiap hari
  • memerlukan bahan minuman berkaffein untuk anda merasa segar dan boleh bekerja ?
Jika anda menjawab 'iya' kepada salahsatu dari soalan diatas, maka anda mungkin menghidapi masalah tidur atau sleep disorder.


Cubalah Sleep Time untuk mendapat tidur yang lebih berkualiti.

By En Kamarul Nordin


Keterangan Lanjut boleh hubungi :-
Dreamchaser II
Azlan Azman : 012-2228925
Sunazrah Saleh : 017-2503929



Selasa, 10 Mei 2011

BERMINAT NAK CUBA SLIM DIET 2...


boleh baca info pengenalan nie

Bagaimana nak lakukan Induction?
Induction (permulaan dan pengenalan)

Pada peringkat Induction, anda dihadkan mengambil hanya 20-25 gram makanan berkarbohidrat SEHARI. Ini akan berlangsung selama 2 minggu di mana anda hanya boleh makan:

1. makanan berprotein tinggi seperti ayam, telur, daging (lembu, kambing, rusa), ikan dan makanan laut (udang, ketam) yang lain. Elak memakan tiram (oyster), kerang dan sotong kerana berkarbohidrat tinggi).

2. Sayuran hijau seperti sawi, kailan, timun, salad, asalkan berwarna hijau (terhad kepada 2 atau 3 cawan sehari).

3. Sayuran seperti tomato, labu, terung, kacang panjang, dihadkan kepada 1 cawan sehari kerana ia mengandungi banyak karbohidrat (melalui gula sayuran).

4. Mentega (butter bukan margerine sebab margerine ada trans-fat yang bahaya untuk kesihatan).

5. Keju (Cheddar, Mozzarella, Swiss, Gouda, Goat) tapi tak lebih dari 3 gram. Jenis lain tak boleh.

6. Salad dressing seperti Mayonnaise (yang biasa, bukan low-fat sebab selalu yang tulis low-fat bukan bererti low-carbohydrate).

7. Olive oil, canola oil, dan kebanyakkan minyak masak boleh dimakan. Tapi pastikan minyak tidak dihydrogenated atau semi-hydrogenated, sebab ia mengandungi trans-fat yang boleh menyebabkan sakit stroke dan sakit jantung.

8. Air sebaiknya air biasa sahaja, sama ada air sejuk, suam, mineral. Jus buah-buahan tidak dibenarkan pada peringkat Induction kerana ia mengandungi tahap gula buah-buahan yang tinggi. Susu dan yoghurt juga tidak dibenarkan pada peringkat ini sebab kandungan karbohidratnya tinggi.

Lakukan Induction sekurang-kurangnya selama 2 minggu dan melalui puasa sekejap ni, anda akan dapat melihat perubahan pada berat badan, bentuk badan dan kecergasan fizikal.

Team DREAMCHASER II / SUNAZRAH SALEH : 010-2749601

Isnin, 9 Mei 2011

badan lenguh ketika berdiet & selepas melakukan senaman

Jika badan anda merasa lenguh dan letih ketika berdiet atau selepas melakukan senaman, maka pastikan anda mengambil air garam atau light salt utk menambah minerals didlm badan anda. Selalunya selepas minum air garam tersebut badan anda akan segar semula. Boleh juga mengambil minuman isotonik, selalunya ada 16.3 gm karbs setiap 240ml dan pastikan anda tidak mengambil lebih dari limit karbohidrat anda sehari
by Kamarul Nordin

Selasa, 3 Mei 2011

Apa yg menyebabkan anda tidak boleh menurunkan berat badan serta gagal dalam berdiet ?


1) Diantara tanda-tanda  ketidakselesaan pada tubuh badan yang mungkin disebabkan anda menghidapi masalah hormon adalah seperti berikut:-
  • Payudara terasa tegang atau sakit
  • Water retention atau menakung air berlebihan
  • Sakit-sakit sendi atau otot
  • Kekejangan
  • Perut kembung
  • Tidak selesa bila disentuh
  • Sakit pada kulit kepala
  • Tidak selesa ketika menyikat rambut



2) Diantara tanda-tanda lain adalah perubahan dalam kitaran haid yang mungkin disebabkan anda menghidapi masalah hormon adalah seperti berikut:-
  • Kesukaran untuk hamil
  • Haid yang terlalu jarang (biasanya lebih dari 6 minggu)
  • Haid yang terlalu kerap (biasanya kurang dari 3.5 minggu)
  • Pendarahan yang banyak
  • Ketompokan darah kotor
  • Pendarahan yang tidak terhenti-henti
  • Kekejangan atau senggugut keterlaluan



3) Diantara tanda-tanda lain adalah perubahan pada bahagian pinggul dan vagina yang mungkin disebabkan anda menghidapi masalah hormon adalah seperti berikut:-
  • Jangkitan pada vagina yang lambat sembuh
  • Kesakitan ketika bersetubuh
  • Kehilangan nikmat terhadap seks
  • Kekeringan
Jika anda ada tanda-tanda begini, maka besar kemungkinan anda menghidapi masalah hormon yang tidak seimbang dan mengganggu diet anda.  Perbetulkanlah hormon anda dahulu sebelum berdiet.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi kami :-
Team Dreamchaser II
Azlan Azman : 012-2228925
Sunazrah Saleh : 017-2503929


Ahad, 1 Mei 2011

Testimoni Perngidap Diabetis Turun 2kg dlm seminggu


Saya pengidap diabetis diagnose oct 2010, on glucovane( metformin 500 + dionil 2.5mg). dan 2nd interferlity tahap progesterone > 0.80 mmol/l dan ambil ubat untuk consif clomid and dulpustone for 3month.
last week saya ambil SD2 pada hari rabu dgn weight 94kg.

20/4/20011
today, jumpa doctor beratu saya 92kg dan HB1AC dr 7.1 dah turun ke 6.7 mmol/l dan 2hPP saya dr 9.4mmol/l ke 5.4mmol/l...dan

dgn perubahan ini doc. dah turunkan dose ubat saya ke metformin 500mg sahaja. dan

appoitment dr 3 bulan sekali ke 4 bulan sekali.doctor bg lagi 6 bulan utk saya achieve normal BMI. then no more metformin. tlg ler saya untuk dptkan kembali berat saya ke 65kg. - MESEJ  dr sharifah sg buloh...

Syukur alhamdulilah dapat membantu kwn2

Keterangan lanjut mengenai SLIM DIET 2 boleh call/sms :-
Team Dreamchaser II
Azlan Azman : 012-2228925
Sunazrah Saleh : 017-2503929